Monday, 16 July 2007

Surat saya kepada akhbar Metro

Kepada wartawan Abie Abdullah,

Salam sejahtera saya ucapkan. Diharap Cik/Puan Abie sihat walafiat dan cekal melaksanakan tanggungjawab di akhbar Metro. Tahniah kerana Metro khabarnya merupakan akhbar terlaris di Malaysia :-)

Saya merujuk kepada artikel Cik/Puan Abie berjudul "Filem Inggeris Undang Polemik" yang disiar di Metro Ahad semalam. Saya merupakan pembaca setia Metro Ahad kerana dahagakan gosip terkini artis-artis kegemaran saya, malah tak pernah ketinggalan kolum Dunia Mawi yang tersiar setiap minggu. Setelah membaca nukilan Mawi yang terbaru (di mana beliau menafikan sekeras-kerasnya fitnah kononnya beliau pernah hisap dadah, dan saya sebagai peminat sejati beliau sudah tentu percayakan beliau dan harap isu ini bernoktah di sini) saya pun terbaca artikel yang disebut di atas.

Malangnya saya mendapati beberapa fakta yang tidaklah begitu tepat dalam artikel itu. Filem-filem yang berjudul "Seed of Darkness" dan "Possessed" disebut berkali-kali sebagai "filem bahasa Inggeris" dan justeru itu tidak layak mendapat tempat dalam pencalonan utama Festival Filem Malaysia. Semangat patriotik pembikinnya pun dipersoal; mereka dianggap warga yang tidak menyokong usaha kerajaan kerana membuat filem dalam bahasa penjajah. Tapi saya sudahpun tonton kedua-dua filem itu dan mereka sebenarnya dalam Bahasa Cina. Tidak tahulah saya Bahasa Mandarin atau Kantonis atau Hokkien atau campuran kesemuanya (saya belajar di Sekolah Kebangsaan dan tak pandai mana-mana Bahasa Tionghua) tapi saya boleh syorkan Cik/Puan Abie bahawa mereka dalam Bahasa Cina. (Kecuali mungkin 10% dalam "Possessed", termasuk dialog Sharifah Amani sewaktu rambutnya masih panjang mengurai, dalam Bahasa Inggeris).

"Di mana kedudukan bahasa Melayu hari ini?” keluh Pengarah Urusan Kuasatek Pictures, Mohd Noor Kadir, yang mengesyorkan agar Finas mulai ini hanya bantu filem-filem Bahasa Melayu/Malaysia sahaja. Malah, judul filem-filem terbitan beliau seperti "Mr. Cinderella" dan "Mr. Cinderella 2" sudah cukup membuktikan betapa gigihnya beliau memartabatkan Bahasa Kebangsaan negara ini.

Sebenarnya, daripada tiga filem yang dipersoal di artikel tersebut, hanya "The Red Kebaya" layak digelar "filem Bahasa Inggeris". Pengarahnya pun Mat Salleh dari Britain tapi saya rasa (mungkin saya silap) bukannya Mat Salleh Britain sama yang akan bertunang dengan DIVA kesayangan saya, Ning Baizura. (Oh ya! Terima kasih juga kepada Metro kerana memberi liputan yang cukup meluas tentang pertunangan Ning).

Dengan ini saya harap kesilapan berkenaan dapat dibetulkan agar kewibawaan akhbar kegemaran saya tidaklah terjejas nanti. Terima kasih dan kalau boleh, tolong kirim salam kepada Mawi :-)

salam,
amir (peminat filem).

11 comments:

Ted Mahsun said...

"Malah, judul filem-filem terbitan beliau seperti "Mr. Cinderella" dan "Mr. Cinderella 2" sudah cukup membuktikan betapa gigihnya beliau memartabatkan Bahasa Kebangsaan negara ini."

OUCH! Hahaha! Well said, Amir!

abdul azim said...

brilliant sarcasm. (:
i hate metro to death.

Amir said...

But I was serious when I said that I read Mawi's column every week :-)

walski69 said...

Total pawnage, dude!!

Amir RULEZ!

lyana said...

good one! ;)

CoffeeShopPhilosophers said...

wonderful use of the malay language. it prooves my gut feeling right that the malay language is the most versatile and precise when it comes to hypocracy, cynicism and the general naration of human nature (good or bad). thank god for SPM.

Anonymous said...

minat VIVA lagi bagus dari DIVA la Amir. sian dia.. minat ning ya? melepas la lagiii...

elok juga ning bertunang ngan org putih tu, amir. Ning kan pernah cerita, dia imagine melakukan seks dengan 5 lelaki. yang selalu buat kerja seks pelik2 ni org putih je. sape tahu, ning mungkin dapat betul2 apa yg dia imagine kan tu dengan perkahwinan ni.

azrulazmie said...

I just stumbled upon this blog... hehe... this one is good... funny to the bone... siapa polemik siapa?

Amir said...

PS. Abie never replied. Not even to say that I got his gender wrong.

mekyam said...

amir,

memang kena tup2 membahasa tentang bahasa dalam bahasa.

kalau tidak mana tercapai bab selamba melayu yang tersendiri tu... :D

azyze gomez said...

Oh, I love this!

(I'm sure it didn't come out in the newsie, em?)

I imagine some 20 years from now, a rookie ent journo finds your letter (yellowed and crumpled) under Abie's desk and shows it to the editor. Editor thinks that it's a good blast from the past piece, and prints it. We read it, nods as we go through the first few para, lol (especially the para on Mr. Cinderella), cuts the article, sticks it on the referigerator door while our children make loony signs behind our backs, and wish that we could see Mr. Cinderella again (nobody knows what happened to the film, it vanished from the face of the earth) just *cough*to trash it to oblivion*cough* for old time's sake...

Hmm... I look forward to that day :)