Friday, 21 November 2008

Jemputan ke pelancaran buku


Bapak-bapak, ibu-ibu, jambu-jambu dan awek-awek hadhari dijemput ke acara yang santai lagi gerek: Pelancaran buku KITAB PENGETAHUAN HANTU MALAYSIA.

Buku sususan Danny Lim THE MALAYSIAN BOOK OF THE UNDEAD ini telah diterjemahkan secara sahih oleh Ahmad Kamal Abu Bakar.

Ketahuilah asal-usul, sifat serta tumit-tumit Achilles puluhan hantu dan roh yang menjadi khazanah budaya masyarakat sipilis (sekular, pluralis dan liberalis) kita.

Tempat: Bau Bau Cafe, The Annexe, Central Market.
Tarikh: 5 Disember (Jumaat)
Masa: 8:30pm hingga LRT senyap.

Terdapat hiburan oleh beberapa kumpulan gitar rancak yang akan diumumkan kelak. Juga pembacaan mengejut oleh:
Ahmad Kamal Abu Bakar
Amir Muhammad
Danny Lim
Fahmi Fadzil
Shahril Nizam
Sharon Bakar
Ted Mahsun
dan beberapa lagi artis yang tak sempat masuk Bi-pop hari minggu lepas.

Buku akan berada di toko-toko hanya 2 minggu setelah tarikh pelancaran, jadi dapatkanlah di sini agar anda tidak frust menonggeng.

Harga buku: RM20. Tebal: 115 mukasurat.

Bisa konfirm di Facebook.

4 comments:

Faizah Roslaini said...

sekular, pluralis dan liberalis, bukan sipilis ke?

Mungkin I akan frust sebab tak pergi, tapi I takkan menonggeng.

terima kasih.

Amir said...

Sudah diperbetulkan.
Faisal Tehrani would have been upset that I mangled his term!

dewa said...

Bapak-bapak, ibu-ibu, jambu-jambu dan awek-awek hadhari...
macam haram.. hahaha

deennasour said...

tak de dapat free ke?
cabutan bertuah ke?
bleh dpt free..
kite ni tak ada duit byk...