Thursday 23 September 2010

Buku ORANG MACAM KITA

Bukunya dah siap, uols!




Orang Macam Kita ialah sebuah antologi cerpen dan esei mengenai seksualiti alternatif di Malaysia. Seksualiti alternatif boleh diertikan sebagai homoseksual, biseksual, transgender dan dwikelamin. Ini termasuklah gay, lesbian, tomboy, mak nyah dan khunsa. Label-label sebegini mungkin tampak sensasi atau klinikal. Namun cerita-cerita dan kajian-kajian di dalam buku ini mungkin mendedahkan sisi lain, yakni sisi alternatif, daripada tanggapan yang sedia ada.






Orang Macam Kita memuatkan 25 karya dengan gaya dan pendekatan yang berbeza-beza: kisah cinta dan penerimaan yang mencuit, cerita pendedahan yang dramatik, kajian mengenai media, sastera dan filem; dan ada yang melayang jauh ke alam surreal. Kepelbagaian ini turut diraikan; tepuk dada tanya selera!


Kandungan:

Pengenalan - Azwan Ismail & Diana Dirani

Tiga Perbualan dan Satu Siri Pesanan Ringkas - Nur Fadhlin Binti Mohd Yusof
Anak Ikan - Ajami Hashim & Fadli al-Akiti
Sembang Ratu - Nizam Zakaria
Jika Itu Takdirnya - Khalid Idris
Pangkon - Dalih Sembiring
Hanya Jauhari Menyelindung Manikam: Memburu Ikon Gay dalam Filem Malaysia - Fadli al-Akiti
Avatar Tekne Seksual - Clarissa Lee
Rabak - Mohd Zaain Bin Md Zin
Sulalatus Anilingus - Ridhwan Saidi
Lurus Atau Bengkok - Dina Zaman
Pencuri Hati - Nizam Zakaria
Gay.a Ke Aku? - Zulkifli Bin Mohamad
Duyung Karuna - Chuah Guat Eng
Indra Dan Fadil - Paul Agusta
Sejarah Ringkas Media Cetak Tentang Orang Macam Kita - Hafidz Baharom
Tiada Sesalan - Azwan Ismail
Wanita Dua Wajah - Bissme S.
Honey - Bernice Chauly
Sepetang Di Kafe Oedipus - Mohd Ikhwan
Syi - Mohd Syahar Azizan
Vagabundando, Vagabundando - Fernando Rosa Ribeiro
Yang Sebenarnya - Adibah Yahya
Sembang Ratu II - Nizam Zakaria
Sekilas Ikan Di Air, Siapa Tahu Jantan Betina: Siapa Sebenarnya Panji Semirang Asmarantaka? - Farish A. Noor
Asmara Dua Vampir - Diana Dirani

Jumlah mukasurat: 226
Harga: RM20 sahajork

Ni kulit penuh; judulnya ialah sticker yang boleh perpindah-randah mengikut selera si pembeli:


Buku ini TIDAK akan dijual di kedai-kedai buku utama (hanya di Silverfish). Ia hanya boleh dibeli di event-event (bermula dengan Pekan Frinjan pada malam 2 Oktober) dan juga melalui pesanan pos (sila emel saya di info@mataharibooks.com - pengeposan percuma di seluruh 1Malaysia ).

Yang ovesi boleh pesan melalui Amazon.

26 comments:

joey glider said...

sudah email...

. said...

saya nak.

Amir Muhammad said...

Itu yang saya nak dengar ;-)

Siti said...

Salam sejahtera Tuan. Maaf terlebih dahulu atas pandangan yang akan saya nyatakan di bawah. Saya sekadar mahu menyatakan rasa-rasa yang ada dalam diri saya ini.

Sejujurnya, saya ingin sekali memiliki buku 'Orang Macam Kita'. Sungguh. Saya sudah membaca beberapa buah buku terbitan Matahari Books; New Malaysian Essays 1 misalnya.

Saya berbangga membaca buku tersebut sehingga saya berani berkata kepada kawan-kawan bahawa mereka ketinggalan dari satu sudut jika tidak membaca pemikiran indie lagi berani penulis Matahari Books. Ya, saya menjadi seorang 'freelance promoter' sebentar pada waktu itu. Perkenal ME1 kepada hampir setiap orang.

Namun saya sedar, saya juga sebenarnya seorang yang konservatif. Terus sahaja terbit rasa ragu malahan malu untuk mendapatkan 'Orang Macam kita' lantaran pengkisahannya adalah tentang seksual alternatif (seperti yang disebut Tuan).

Ironi jua, saya telah berjaya menamatkan emosi gembira dan 'ecstasy' saya menghayati 'Kasut Biru Rubina' dan 'Dua Lauk' yang saya kira tidak ketinggalan dalam berdemokrasi tentang keberanian mengatakan sesuatu yang tabu dalam masyarakat Melayu khususnya..?

* Walau 2 buah buku di atas bukan terbitan MB, saya kira ideologi yang diterap adalah sejajar.

Tika ini Tuan, saya masih belum berani untuk mendapatkan OMK apatah lagi membacanya. Tidak tegar saya meneruskan pembacaan seperti itu. Tetapi saya juga ingin Tuan tahu, bahawa saya merupakan antara penyokong yang tidak akan pernah lupa senyum tanda tumpang gembira setiap kali orang-orang seperti Tuan menghasilkan karya-karya sebegini.

Dalam erti kata lain, karya yang indie, yang berani, yang liberal, yang tidak statik, yang mencerminkan diri setulusnya, yang tak perlu bersembunyi atau berdalih (sekadar penilaian dan pandangan saya).

Sesungguhnya, saya tetap dan akan terus mengagumi karya-karya Matahari Books (dan karya-karya lain yang hampir tidak dipandang majoriti masyarakat di sini). Harapan saya, jangan pernah lupa untuk titip lebih banyak lagi mesej moral dalam setiap pengkisahan yang diterbitkan.

Sukses selalu buat Tuan dan rakan-rakan seperaliran. (-:

Amir Muhammad said...

Siti! Terima kasih kerana memberi pandangan anda yang jujur dengan cukup berhemah :-) Tunggulah buku yang seterusnya oleh Matahari Books; akan diumumkan 2 minggu dari sekarang, Insya-Allah!

Anonymous said...

Amir, macamana nak pesan buku ni? Boleh bagi detail cara pesanan tak. Thanks

Amir Muhammad said...

Silalah emel kepada alamat yang tertera ;-)

Atau, boleh dipesan di sini :-)

DarcyDiaries said...

Finally!! :) yes, i'll email!

mYeQa said...

wpon saya tak berapa gemar kisah-kisah begini tapi macam menarik. InsyaAllah, akan cuba baca.

. said...

buku dah sampai.
terima kasih.

Amir Muhammad said...

Sama-sama kasih.

Jef Hadi said...

dah order. dah bayar. tunggu ketibaannya. haha.

(:

fadz said...

dah beli kat silverfish ari tu, rm20 je, dekat2 harga sebuah novel alaf, jadi berbaloilah..

Mokhzaini said...

Sudah dapat.. tapi tunggu khatam baca 120 malay movies dulu

Amir Muhammad said...

Fadz, awat beli?? Hang dapat pree apa.

Hasril.Husni said...

nak beli.will email

hasril.blogspot.com

Hasril.Husni said...

dh email

joey glider said...

sudah order.hanya menunggu ketibaannya.

fadz said...

semangat beb, banyak sangat yg memesan pun!

FaMY said...

sent email ady :D
tak sabar :3

Anonymous said...

Siti..

Saya setuju dengan pendapat saudari. Saya juga telah memesan buku OMK.

Saya seperti saudari agak sukar menerima budaya seksual alternatif ini.

Mungkin bukan semuanya tidak elok seperti budaya seks gay dan lesbian yang bertentangan dengan agama.

Saya lebih tertarik dengan isu khunsa dan dwikelamin yang turut disentuh dalam buku ini.

Golongan ini pada pendapat saya fitrahnya begitu sejak lahir. Saya tidak sabar ingin membaca tentang mereka.

Saya rasa buku ini sangat menarik untuk dibaca. Mungkin ada moral di sebalik kontroversi. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

Unknown said...

mungkin dah terlewat tapi ada lagi tak edisi buku nie?

ulasbuku said...

Shark, biar aku tolong promosi. Buku ini ada dijual di booth FIXI di KLIBF 2011 yang berlangsung sekarang. Check it out!

Ryzrien said...

yeke.. slama nih jaga booth kt KLIBF 2011 tuh x tahu pown.. hr bru baca..kalau tahu smalam dah cr

s y i n a t :) said...

i want

Akukah Lelaki Itu said...

ada lagi tak buku ni? nak beli mcm mana?