Monday, 21 February 2011
Fixi
Fixi ialah syarikat saya yang baru (ya, memang baru daftar minggu lepas) yang akan menerbitkan novel-novel baru dalam Bahasa Malaysia.
Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia 'fiksi' yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris 'fiction' yang diambil dari Bahasa Perancis Lama 'ficcion' yang diambil dari Bahasa Latin 'fictionem' ... untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Ia juga satu-satunya nama syarikat penerbitan di Malaysia yang merupakan 'a four-letter word beginning with F'.
3 novel pertama telahpun siap ditulis, dan akan dilancar serentak pada 22 April di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, insya-Allah.
Setelah itu, sasaran saya ialah untuk menerbitkan satu novel setiap bulan!
Jika anda berminat untuk tulis, inilah syarat-syaratnya:
Cadangan: 60,000 perkataan (supaya buku sekitar 300 mukasurat).
Tema: Urban & kontemporari. Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.
Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dll.
Fikir 'pulp'.
Oh ya: judul harus satu perkataan saja.
Cadang nak buat cover gelap & saturated, macam beberapa Jim Thompson / Elmore Leonard.
Boleh bincang lanjut kalau minat :-)
Labels:
FIXI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
intersting.. I nak maklumat lanjut. please..
Nak hantar manuskrip boleh?
Satu soalan; boleh kurang dari 300 pages tak? hehe...
Kalau dah siap, sila hantar jika syarat tema dipenuhi.
Boleh hantar ke bukufixi @ gmail. com
Apa yang 'nipis' mungkin boleh 'ditebalkan'.
Like!!
Majulah FIXI untuk negara! yeeehaw!!!
Okeh. Nk kena jumpa ke mcm mna?
Emel dulu. Kalau idea hang tak baguih, buat apa aku nak buang masa jumpa hang?
(mwahahahaha!)
Eh, tapi blog 'Mahu Kawen' hang tu menarik juga kalau nak difiksikan, macam ruangan 'Dari Fail Mahmakah Syariah' yg cukup bikin ghairah dulu ...
waa sounds interesting. cayalah brader. manuskrip akan dihantar sebaik sahaja tamat matrikulasi. saya budak baru belajar. muahaha. tapi gempak ah brader dah ada your own publication. *salutes*
ohh fiksi..
sapa2 pun boleh try lah nh?
Bella: Bret Easton Ellis pun bermula pada usia muda.
Siti: Cuba try test dulu.
teringin juga mencuba hehe.
nak menyelit sikit boleh?baru je habiskan rojak dan sgt best! :D
bro, kalo saya nak hantar leh tak? berapa nak kene bayar bro?
kuang3x.
wuesei..aku suka sangat! malangnya bm ku terlampau terox. neways, all de best kpd fixi! majulah fixi!
http://episodechentaku.blogspot.com/
tolong kutuk pls~
menarik dan tertarik..nak cubalah
menarik, tertarik..
insyaALLAH ingin hantar..
go FIXI go!
saudara amir, saya ida nardiel berpengalaman menghasilakn 2 buah novel....saya ada manuskrip baru...kalau saya mencuba hantar manuskrip pada saudara boleh tak?
wah..cam menarik jer....siap da publish kt ppr....neway...bg la discription @ format penulisan cam font brapa..nk gna jenis font camna...xpon...antaq ja dlu...pas2 nnti bru edit??....blh cam2???
Ida, saya dah jawab email.
White Daisy, hantar cadangan cerita dan bab awal. Font tak penting, kalau saya tak suka saya akan ubah.
Yay!
Encik Amir, awak hero saya x 2. Saya nak cium dahi awak 2 x.
Dahi saje?
dah siap dah pun,bila boleh hantar?
slanga digalakkan?
meaning tak payah nak edit2 lagi la?
cool!i'll submit to you ASAP.
I'll believe it when I see it ;-)
seriously, inilah yang dicari selama ini!
Tahniah FIXI, . .
BERMINAT nak jadi penulis politik? Jom sertai Pustaka Al Manhar . . .
assalamualaikum, saya sedang membuat manuskrip. saya tertarik dengan fixi but saya tak tahu karya saya sesuai atau tidak. boleh emel saya di rasnakisa94@gmail.com utk bantu saya untuk first novelis ?
Post a Comment