Friday 6 May 2011

Semangkuk INTERLOK boleh dimuat-turun dengan percuma!


Rancangan asalnya memang untuk mencetak, menjilid dan menjual buku ini dengan cara biasa. Tapi disebabkan beberapa faktor, ini tak dapat kami lakukan. Faktor utama: kami menghadapi kesukaran untuk mendapat esei yang sanggup/mampu melihat novel Interlok dengan cara yang lain daripada 'kontroversi' yang melandanya. Jadi, kebanyakan daripada 30 esei yang diterima terlalu repetitif sifatnya.

Keputusan Matahari Books kemudian ialah menjadikan buku mini ini sebagai e-book percuma yang boleh dimuat-turun oleh sesiapa saja. Sama dengan apa yang kami buat tahun lepas dengan New Malaysian Essays 3.

Hikmah format ini:

1. E-book boleh dibaca oleh sesiapa saja (dengan talian Internet) secara percuma
2. Maklumat tentang e-book ini boleh disebar dengan lebih cepat apabila blog-blog dan laman-laman web lain memberi link untuknya. (Tunggu apa lagi?)
3. Isu mengenai Interlok belum padam-padam lagi, jadi e-book ini tidaklah berupa cubaan untuk memberi 'kata muktamad', tapi sebaliknya menjadi sebahagian kecil daripada wacana yang sedang berjalan.

Terima kasih kepada editornya Hafiz Hamzah yang tall, dark and handsome; 10 penulis yang termuat di dalamnya kerana mampu berbicara dengan rancak, nakal dan tidak klise; dan Teck Hee yang bikin kulit depan dan layout. Kata Pengenalan Hafiz bermula dengan:

Jarang-jarang kita menemukan sebuah polemik kesusasteraan. Di Malaysia apatah lagi. Yang muncul di tengah-tengah khalayak juga tak selalu mengandung isi yang melapangkan, atau mengghairahkan. Yang ada, seperti yang pernah kita saksikan, adalah pertikaman lidah yang menyempitkan, menyesakkan. Barang tentu, anda yang menatap buku ini mungkin lebih arif dengan latar yang dimaksudkan.

Untuk mengulum keseluruhan buku kecil ini, silalah muat-turun PDF Semangkuk INTERLOK!

No comments: