Monday 24 October 2011

8 kelainan Buku Fixi yang ke-8, ZOMBIJAYA

1. Judul paling panjang.
2. Jumlah perkataan paling banyak di muka depan
3. Ilustrasi dan bukannya fotografi di muka depan; juga ada 28 ilustrasi di dalam.
4. Judul yang jika ditanya Lebai Google, ia tak akan merujuk kepada apa-apa selain buku ini.
5. Halaman dedikasi yang menyebut paling ramai orang (16, termasuk George A. Romero)
6. Paling ramai orang mati (i.e. jutaan rakyat Malaysia)
7. Bukan saja mengandungi perkanaan 'zombi' tapi menggunakannya 140 kali.
8. Ada kameo oleh David Hasselhoff (halaman 220-1)

Ada persaingan sengit untuk memilih kulit depan, antara dua nih:




Tapi akhirnya yang sebelah kiri menang, hasil undian ahli Fesbuk kami.

Zombijaya belum masuk mana-mana kedai. Tapi ia boleh dibeli online di Kedai Fixi.

Kalau nak datang beli sendiri dan bersua dengan penulisnya Adib Zaini, sila hadir ke mana-mana daripada 3 acara ni. (Kalau nak jadi groupie dan datang ketiga-tiga pun boley.)




Percuma. Semua dijemput hadir. Kalau datang sebagai zombi, mungkin boleh dapat buku percuma.... atau mungkin pula dipulau dan dikeji oleh tetamu lain.

4 comments:

jejaka anggun said...

dipulau dan dikeji. haha. takutla.

Aween Md Zahir said...

rasa nk pergi. sebab buku tu lah !
adesss..hope dpt sambar sebuah :)

Anonymous said...

sungguh keji ayat terakhir tu ☻

John Ling said...

It look delicious, Amir.