Thursday 19 June 2008

Column in 'Suara Keadilan'

I begin a short, irregular column called Gerobok in Suara Keadilan! Why gerobok? Because there are many interesting things that can be found in the closet.

The first one talks a bit about two courageous women.


Suara Keadilan apparently now has a circulation of 150,000 which is three times what Malay Mail sells. There was a split-second of doubt about writing for a party political paper and then I snapped out of it by thinking: "Then what the hell was the NST in all the years I wrote for it?"

Ironically (or perhaps not so) this article, in my somewhat stodgy Malay (although I will be glad if the word 'disandera' catches on) says that party politics is kinda overrated.

I don't think the article is online even on the paper's website. So here it is
:

SYBIL, TONI & KITA

Tanggal 12 Jun ialah ulangtahun ke-60 peninggalan Sybil Kathigasu. Dan sebuah drama mengenai jerit pedihnya, bertajuk Sybil, mula dipentaskan pada tarikh itu di The Actors Studio, Bangsar.

Sementara 4 Jun tahun ini ialah tarikh Toni Kasim meninggal dunia. Dengan agak spontan, dua memorial dianjurkan untuknya; satu dikelolakan oleh beberapa rakan di The Annexe, Pasar Seni, dan satu lagi oleh rakan sekerja di Sisters In Islam.

Dua wanita ini memanglah wujud dalam dua generasi dan konteks yang berbeza. Sybil dianggap srikandi Perang Dunia Kedua. Dia dan suaminya (seorang doktor) merawat beberapa gerila anti-Jepun di klinik mereka di Papan, Perak. Walau ditangkap dan disiksa dengan teruk oleh kempetai Jepun, Sybil tidak pernah mendedahkan lokasi gerila-gerila komunis tersebut.

Sementara Toni merupakan aktivis sosial yang pernah menjadi calon pilihanraya. Kancah aktivisme yang diceburinya termasuklah isu-isu ‘panas’ seperti kebebasan agama, persamaan gender, dan seksualiti. Elemen-elemen konservatif yang ingin terus berkuasa sudah tentu tak senang dengan liberalisme yang diwakilinya, tapi dia tak berganjak.

Apabila membaca memoir Sybil, No Dram of Mercy, apa yang terasa sedikit janggal ialah kesetiannya yang amat sangat kepada empayar Britain. Kebenciannya terhadap askar Jepun berpunca daripada sikap ini. Dia bukanlah reformis dalam ertikata sekarang tapi wajar dianggap ikon penolakan kerana ‘aktivismenya yang tak sengaja.’ Bukunya pernah menjadi teks sekolah tapi ditarik balik dalam tahun 70an, mungkin kerana sentimen Kristian atau pro-British di dalamnya. Generasi muda sekarang mungkin tak mengenal terus namanya.

Walau dia tak menyertai mana-mana parti politik, aktivisme Sybil tetap istimewa kerana dibuat atas kesedaran dan kerohanian individu. Berapa ramai antara kita yang sanggup berpegang kepada prinsip biarpun dibelasah dan diugut sebegitu?

Sementara Toni menjadi aktivis dengan penuh sedar. Pendidikan dan pendedahannya telah melengkapinya dengan teori dan hukum mengenai kuasa, penindasan dan penolakan. Apabila bertanding dalam PRU tahun 1999, dia memilih untuk jadi calon bebas. Ini bertepatan dengan garis aktivismenya yang tak menganggap mana-mana parti politik sebagai jentera yang lengkap untuk semua isu. Politik harus dikembalikan kepada rakyat sebagai individu.

Mungkin nama Toni juga tak begitu menonjol kerana dia tak wujud dalam rangka politik kepartian. (Biarpun jika penyakit barahnya tak memaksanya berundur daripada PRU 2008, dia hampir pasti akan menang dan kini duduk di Parlimen sebagai wakil bebas, sebelah Ibrahim Ali! Satu ironi). Jentera NGO yang kecil seperti Sisters In Islam sebaliknya lebih sesuai untuk menyebarkan idea-idea yang progresif. Ini tak termasuk aktivitinya yang dijalankan secara sendirian tanpa naungan NGO.

Jika kita benarkan nama Sybil dan Toni luput, ini satu tanda kita telah disandera kepentingan politik berparti. Aktivisme (dan reformasi sekalipun) tak perlu berpayung di bawah simbol.

Apa yang penting ialah menentang penindasan dan mempertahankan hak dan maruah individu. Dan Malaysia bertuah kerana dua wanita gigih tapi berbeza ini pernah wujud di kalangan kita.

(Suara Keadilan, 18 Jun - 2 Julai 2008).

8 comments:

Oleh admin Bebas Malaysia said...

Senantiasa bergerak disana..Amir actively in politik now lorrr..;p

Anonymous said...

Kudos :)

Anonymous said...

The gerobok is where I put my gebar.

mv binti said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Ok, penulis pojok politik dalam bahasa melayu, sila kemaskan meja anda.

You sound very serious in Malay. hahaha.

Anonymous said...

What a great article!

Anonymous said...

Great article -- and you're right, nobody talks about Sybil Kathigesu anymore, but I didn't realise she'd been deliberately excised from our history!

-- Preeta

Anonymous said...

My favourite actress is Disandera Bullock.