Thursday 25 February 2010

Box-office figures for Malaysian films in 2009


1. Geng: Pengembaraan Bermula : RM6.2 million
2. Jangan Pandang Belakang Congkak RM6.1 million
3. Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam RM4.1 million
4. Santau RM3.5 million
5. Jangan Tegur RM3.42
6. Papadom RM3.37 million
7. Senario the Movie Episode 2: Beach Boys RM3.1 million
8. Sifu & Tongga RM2.6 million
9. Jin Notti RM2.5 million
10. Syurga Cinta RM2.4 million
11. Pisau Cukur RM2.3 million
12. Momok the Movie RM2.1 million
13. Skrip 7707 RM1.9 million
14. Maut RM1.6 million
15. Setem RM1.3 million
16. My Spy RM1.2 million
17. Rasukan Ablasa RM 820,000
18. Jalang RM670,000
19. Duhai Si Pari-Pari RM600,000
20. Talentime RM420,000
21. Sayang RM370,000
22. Jin Hutan RM230,000
23. Muallaf RM190,000
24. Sell Out RM160,000
25. Lembing Awang Pulang ke Dayang RM90,000
26. Pulau Asmara RM40,000

Source: Unit Wajib Tayang, FINAS

* For films released in December, the figure includes takings from early 2010 -- i.e. until the end of their run.
* Just to compare and contrast: Transformers: Revenge of the Fallen grossed RM27 in Malaysia, and Avatar, which is still showing, has grossed almost as much.
* I saw only 11 out of the 26!

Friday 19 February 2010

The police seized my book from a bookshop in Melaka. This is the fax.


This happened on 10 February but I was only informed by the distributor this morning. All copies of Malaysian Politicians Say the Darndest Things (Vol 2) were seized from MPH Mahkota Parade, Melaka.

I view this seizure as the latest act of harassment by the authorities against bookshops and publishers.

If, indeed, these people suspect that the book (which has been on sale since December 2008 -- yes, for 14 months-- with no hassle) might "have a negative impact on public tranquility/morals/public safety/relations between the country and foreign nations", why can't they just go through the proper channels by banning the book?

The book has many pictures and very little text; even so, did it really take the authorities 14 months to even suspect that the book committed any or all of those vaguely-stated offences? If so, should we worry about the literacy rate of the members of the police force?

Friday 12 February 2010

Malay version of RABUN chapter

(I initially thought of releasing a Malay translation of the book and then decided against it. Anyways, this is the first draft of the translation by Kekure!)

RABUN


Filem TV
Grand Brilliance dengan kerjasama MHz Film

Dibintangi M. RAJOLI (Pak Atan), KARTINA AZIZ (Mak

Inom), ROZIE RASHID (Cik Nor), IRWAN ISKANDAR

(Yem), NOOR KHIRIAH (Orked), HAFIZ IBRAHIM (Yasin)

dan HO YUHANG (Elvis). Pengurus Produksi FERDAUSS

AL’ZAHARIE MOHAMED Pengarah Fotografi

KEONG LOW Arahan Seni MAZLAN ABD LATIFF @ ODENG

& ZAINI ABD LATIFF Editor AFFANDI JAMALUDIN

Penerbit Eksekutif ROSNAH KASSIM Penerbit LAZIZAH

AHMAD & MAZLAN ABD LATIFF @ ODENG

Tulisan dan Arahan YASMIN AHMAD


2003/85 min/warna16mm


Sinopsis:

Pak Atan dan Mak Inom, sepasang suami isteri tua yang berjiwa bebas telah berkeputusan untuk meluangkan lebih banyak masa di kampung kerana semakin rimas dengan kehidupan di kota. Mereka kemudian mendapati bahawa kehidupan aman di kampung tidaklah seindah yang disangka apabila mereka ditipu oleh Yem, seorang saudara jauh yang memeras wang mereka. Mereka menjauhkan diri daripadanya dan Yem kemudian merancang pembalasan dendam. Sementara itu di kota, Orked, iaitu anak pasangan tersebut sedang dipikat oleh Yasin.


Ini adalah benda pertama yang kita nampak:

Bak kata anak muda sekarang: WTF? Imej satelitkah? Mungkin bulan? Dengan terminal yang mahal penyelenggaraannya di tengah?

Kita mulanya tidak pasti dan ia bukan kerana kita rabun. Tetapi dengan kualiti bunyi yang gah (iaitu di dalam Dolby) membuatkan kita tertarik dengan apa yang didengari.

Syot tersebut, terpapar di dalam hitam dan putih, kekal statik selama 90 saat. Kita terdengar suara kanak-kanak yang tidak kelihatan di atas layar. Mereka sedang bermain satu permainan tradisional, koba, di mana pemain melemparkan batu pada tin dan cuba menjatuhkannya. Mata kita akhirnya memberikan jawapan : bulatan yang lebih kecil itu adalah tin yang dipenuhi gelang getah, sementara bulatan yang lebih besar dan mengelilinginya adalah terlukis di atas tanah. Namun bentuknya boleh ditafsirkan sebagai telur goreng, puting yang berbulu, tayar kereta atau yang lebih sesuai untuk ini iaitu sebiji donut.

Apabila saya sedang mempertimbangkan apa yang hendak diletak di kulit buku ini, terlintas difikiran saya akan donut teh hijau yang menjadi kegemaran Yasmin. (Buku ini ditulis semasa bulan puasa dan pastinya pelbagai jenis makanan sentiasa terlintas di dalam fikiran saya). Ia berlaku sebelum saya menonton semula Rabun dan kemudian saya menyedari bahawa bentuknya adalah sama. Ia seperti sudah ditakdirkan.

Sebagai imej pertama di dalam filem panjang Yasmin yang pertama, maka ia adalah imej yang menarik untuk diperkatakan. Imej itu kelihatan seperti dua angka kosong yang berada di dalam satu sama lain. Ia seperti keadaan ketiadaan di dalam konsep Zen yang amat diminati oleh Yasmin. (Dia bukan sahaja berminat dengan donat). Saya bukan berfikiran dalam untuk memahami falsafah Zen tetapi ia adalah berkaitan dengan mensucikan diri daripada bersikap ego atau sesuatu yang sepertinya

Ia juga kelihatan seperti mata walaupun lebih bulat daripada biasa dan lebih mirip kepada lukisan stail Manga. (Jepun bukan sahaja mengeksport Zen ke seluruh dunia). Mata adalah lebih sesuai kerana perkataan rabun itu sendiri merujuk kepada penglihatan. Kita terdengar dua nama menjadi sebutan di antara kanak-kanak yang sedang bermain: Yem (budak lelaki) dan Orked (budak perempuan). Orked sebenarnya tidak bermain semasa kita sedang menonton; kanak-kanak yang lain sedang mencari dia. Dia kembali (hanya suara: kita tidak nampak muka mereka yang bermain semasa syot ini) dengan ibunya. Perlakuan ibunya yang menyertai kanak-kanak itu bermain menunjukkan bahawa dia ialah ibu yang ‘sporting’.

(Perkataan yang berasal daripada slanga Melayu-Inggeris itu bukan merujuk kepada kehandalan bersukan sebaliknya kesediaan untuk menyertai, fleksibel dan melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Contohnya, di sekolah, kita pastinya akan lega apabila ditangkap oleh cikgu yang sporting jika melakukan sesuatu kejahatan)

Mak Inom berjaya mengenai sasaran walaupun matanya tertutup dan muncul kredit pembukaan. Ianya terdiri daripada perkataan-perkataan yang kelihatan kabur dan tidak fokus. ( Ini adalah sesuatu yang menerujakan. Berapa kerap kita dapat melihat kredit yang berkaitan terus dengan tajuk/subjek sebuah filem?). Nama-nama pelakon yang lebih tua muncul dahulu dan diikuti oleh pelakon yang lebih muda. Terdapat lagu Melayu yang girang merujuk kepada perubahan masa seperti memerlukan sebuah kereta apabila memiliki basikal sudah pun memadai sebelum ini.

Selepas kredit, filem ini di dalam warna! Ia adalah beberapa tahun kemudian. Kita nampak bata bahagian luar rumah kembar yang sederhana. Suasana waktu malam. Rumah itu diterangi oleh lampu (terdapat lampu hiasan di hadapan rumah) dan terdengar hilai tawa di dalam. Kedua rumah yang bersebelahannya pula adalah gelap)

Sebelum kita masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan penghuninya yang ceria...


--------------------------------------------------


Telemovie

Rabun sebenarnya dibuat untuk tayangan TV3 dan bukan untuk wayang.

Kebanyakan hasil karya terbaik pengarah filem Malaysia dibuat untuk TV dan bukannya untuk layar lebar. Contoh paling terkenal ialah Kaki Bakar oleh U-Wei bin Haji Saari. Ia dibuat untuk tayangan TV3 pada 1993 namun ditolak oleh stesyen tersebut. Dua tahun kemudian, ia menjadi filem pertama Malaysia yang ditayang di Festival Filem Cannes selepas di pindahkan dari format video kepada filem. Setelah apa yang terjadi sebelum ini, TV3 telah membuat tawaran untuk membelinya semula.

Contoh lain ialah Maria (1984) oleh Shuhaimi Baba, yang dibintangi oleh Fatimah Abu Bakar, nama yang akan kerap di sebut di dalam buku ini.

Walaupun demikian, format ‘telemovie’ agak berbaur kesombongan. Jika bertanya kepada pelakon apa yang mereka sedang buat sekarang, jawapan mereka “Tele jer.” Ia dianggap sebagai format yang kurang glamour berbanding filem. Ini adalah seksisme dan kesombongan kelas yang berlaku di bawah sedar: TV hanya ditonton oleh suri rumahtangga dan mereka yang tidak dapat keluar bersukaria.

Kenapa filem TV selalunya lebih bagus daripada filem? Ia adalah akibat daripada kurangnya tekanan untuk menjadikan ia komersial dengan meletakkan muka-muka komersial. Hujung perkataan komersial berakhir dengan sial yang bermaksud celaka. Muka komersial adalah bintang pop atau model yang kadangkala tidak boleh berlakon tetapi dianggap boleh menjamin pecah panggung. Terdapat perbezaaan asas di dalam penceritaan: di dalam filem ia sepatutnya lebih besar dan acapkali secara berlebihan. Ruangan TV pula boleh mencipta ruang kemesraan yang lebih selesa serta kondusif bagi sebuah cerita yang jujur.

Apa yang saya suka tentang format telemovie ialah peluang untuk orang menontonya secara tidak sengaja adalah lebih tinggi. Ia seperti menulis untuk surat khabar dan bukan untuk majalah khusus. Jadi si pembuat filem dapat menarik orang untuk menonton tanpa mereka sedari.

Rabun seperti yang dijangka telah di kritik oleh The Malay Mail, apabila ia ditayangkan kerana tidak kelihatan seperti sebuah telemovie. Inti pati kritikan itu berbunyi : Pelbagai stail tetapi tiada cerita.

Apa yang membutkan Rabun berbeza daripada telemovie biasa? Sebagai permulaan, ia menggunakan filem 16mm dan bukan menggunakan Betacam video atau miniDV yang lebih murah dan konvensional. Yasmin menyatakan bahawa Keong Low iaitu sinematografer kesukaannya tidak mahu menggunakan video. Oleh kerana bajet mereka adalah bajet biasa sebuah telemovie (sekitar RM80,000), ia bermakna tidak banyak filem yang boleh digunakan.

Sedikit kekeliruan berlaku apabila filem yang dibuat untuk DVD turut dirujuk sebagai telemovie, iaitu sama seperti filem yang dibuat untuk slot Cerekarama di TV3. Ia amat membosankan jika hendak dibincang secara lebih lanjut.


--------------------------------------------------


Mereka yang sedang tertawa ialah Pak Atan (M. Rajoli) dan Mak Inom (Kartina Aziz) serta anak perempuan mereka Orked (Noor Khiriah), sambil diperhatikan oleh temannya Yasin (Hafiz Ibrahim).

M. Rajoli dan Kartina Aziz adalah wajah yang sering muncul di TV. Namun mereka tidak dapat memegang watak utama kerana faktor usia. Tak lupa juga akibat faktor ‘muka Jawa”. Pelakon bermuka Jawa tidak boleh membawa keuntungan berbanding dengan mereka yang berwajah Pan Asia. Kedua terma itu adalah tidak berpadanan kerana muka Jawa hanyalah konotasi kelas pekerja yang berkulit gelap sementara Pan-Asia bermaksud seseorang itu adalah separuh Asia (dengan separuh lagi adalah Mat Saleh).

Pemilihan pelakon adalah amat penting di dalam mana-mana filem. (Yasmin mengatakan bahawa filem akan terarah dengan sendirinya apabila kita mempunyai skrip yang bagus dan pelakon yang tepat.) Kita akan segera terlihat keserasian di dalam keluarga ini. Kartina dan Noor Khiriah, keduanya mempunyai suara yang serak—walaupun pada ketika ini mereka hanya sedang tertawa.

Pelat Yasin jelas menunjukkan yang dia adalah daripada kelas menengah; anda dapat mengagak bahawa dia fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris. Namun dia sangat sopan terhadap ibubapa Orked dan bertanyakan keadaan mereka. Pak Atan bersungut bahawa isterinya mengambil kesemua wang dan makan apa sahaja yang dia mahu sedangkan dietnya pula dikawal.

Apa yang ketara di dalam keluarga tiga beranak ini ialah mereka duduk bersebelahan di antara satu sama lain, sementara Yasin keseorangan di bahagian sebelah meja. (Penggambaraan ini sangat ringkas hinggakan kita tidak dapat melihat waima satu syot pun dengan keempat-empat mereka di dalamnya.) Adakah dia sedang menghadapi pasukan penembak? Tetapi tidak, moodnya terlalu riang.


--------------------------------------------------


Simbol

Syot rumah seterusnya menunjukkan cahaya datang daripada kesemua tingkap yang kelihatan, termasuk dua di bahagian atas. Tetapi kita boleh melihat keempat-empat mereka sedang makan di di dalam rumah di meja makan atau dapur, yang sepatutnya berada di bahagian bawah. Kenapakah lampu di bahagian atas masih terpasang? Adakah ia pembaziran elektrik?

Kita sepatutnya mula berfikir tentang ‘terang’ dan ‘gelap’. Satu konsep yang sangat asas. Seperti makan (keempat-empat mereka sedang makan sambil berbual.) Logik sebenar pada saat itu tidak perlu menahan kita. Lagipun, jika filem adalah logik dan seperti kehidupan sebenar, tiada sesiapa pun di dalam filem Malaysia dapat menahan teksi dengan mudah.

Sama juga dengan susunan kedudukan. Ia menunjukkan bahawa keluarga ini sangat rapat sehinggakan mereka sentiasa mahu duduk bersama.

Yasmin tidak mahu filemnya terlalu di analisa dengan berhati-hati. Banyak ahli akademik yang membosankan, terutamanya suka berceloteh tentang semiotik dan mise en scène yang menjadikan wayang kurang menarik. Kadang-kadang ia menarik untuk ditafsirkan. Sekali-sekala ia perlu kerana banyak simbol kebudayaan yang berlaku di Malaysia.

Semasa saya sedang menulis pada awal September, negara kita sedang berdepan dengan kesan akibat protes daripada Melayu-Islam yang berang di Shah Alam kerana tidak mahu kuil Hindu di bina di kawasan kejiranan mereka. Mereka membawa kepala lembu ke pejabat Kerajaan Negeri dan memijaknya untuk menyatakan bantahan mereka. Ia adalah simbol kepada anti-Hindu kerana lembu adalah haiwan suci di dalam agama Hindu.

Pertama kali saya menonton Rabun adalah selepas Yasmin memberikan DVDnya di lobi HELP Institute pada 2003. Saya telah terlewat tiba untuk tayangan dan dia terus memberikan DVD untuk saya tontoni. Terkejutnya saya kerana dia meminjamkan DVD lagipun kami bukan kenalan rapat. Saya menghulurkan tangan untuk mengambilnya dan dia mengingatkan saya (“Tangan kanan!”) untuk menerima dengan tangan kanan. Tangan kiri dianggap kotor. Ia juga adalah satu simbol di sini.

Di dalam tulisan Yasmin di blognya, dia sering menerangkan makna elemen simbolik di dalam filemnya. Ia bukan bermakna bahawa ia adalah kod yang hanya boleh di baca oleh si bijak pandai tetapi ia adalah jalan pintas bagi menunjukkan emosi yang yang cuba disampaikan oleh sesebuah filem.


--------------------------------------------------


Kita lihat satu lagi bahagian luar rumah. Kali ini pada waktu subuh, di sebuah kampung dan tingkapnya tertutup rapat. Tetapi ada dua orang penghuni di dalam, berpakaian serba putih. Bukan, mereka bukanlah pocong yang amat ditakuti (hantu berbungkus kain kafan, hantu yang paling mudah dan murah untuk digayakan bagi Halloween jika ianya adalah tradisi Melayu.) Mereka adalah seorang wanita (Cik Nor) dan anak tirinya (Yem). Ia telah menjadi tradisi Islam di nusantara terutamanya bagi wanita untuk memakai warna putih ketika bersolat. Saya tertanya-tanya adakah kerana ia mengingatkan kita akan kematian.

Yem ingin meminang seorang perempuan, Kiah. Cik Nor dengan nada bergurau bertanya adakah itu sebabnya dia bangun awal untuk menunaikan solat subuh.


--------------------------------------------------


Solat

Cik Nor menggunakan perkataan sembahyang, yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Ia bukanlah perkataang yang digunakan oleh orang Arab; mereka (dan Yasmin sendiri) menggunakan perkataan solat.

Sembahyang (dan perkataan seperti neraka dan syurga) di bawa masuk sebagai sebahagian daripada pengaruh India di dalam tamadun Melayu. Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu adalah beragama Hindu, Buddha atau penganut animisme. Buku sejarah kita walaubagaimanapun gagal untuk memaparkan kesemua ini.

Terdapat kepercayaan pada masa dahulu bahawa ada gabungan kepercayaan , ritual serta kosmologi di dalam agama Islam dan Hindu. Ia masih boleh dilihat di dalam bahagian-bahagian tertentu di dalam upacara perkahwinan.

Terima kasih kepada Ayatollah di Iran yang memulakan gerakan kebangkitan agama Islam pada 1970-an, Melayu-Islam konservatif telah mencuba untuk membuang elemen tidak Islamik dan cuba untuk menyucikannya. Malangnya penyucian ini telah disalah tafsir sebagai kearaban.

Yasmin yang secara peribadi menggunakan solat (apabila mereka dari generasinya dan bukan daripada institusi keagamaan menggunakan sembahyang) membuatkan saya terfikir yang ia adalah satu cara untuk mengatakan bahawa Islam itu adalah lebih mulia daripada Melayu dan bukan sebagai usaha untuk menerima unsur Arab.

Penggambaran filem Yasmin adalah satu-satunya yang di jadual berdasarkan kepada waktu solat. Di dalam salah satu komen terakhirnya di blog, beliau menyatakan bahawa dia tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk tetapi ia hanyalah sebagai tanda kesyukuran terhadap rahmat Allah.


--------------------------------------------------


Yem mula menulis surat kepada Kiah. Penulisannya tersekat selepas beberapa perkataan. Anda terfikir sama ada dia gemuruh atau ada sesuatu yang terbantut tentangnya. Suaranya manja. Ianya menawan tetapi agak kurang menyenangkan.

Dia memasang kaset lagu Hindustan, dan ia memberikannya inspirasi untuk terus menulis dengan yakin. Imbas semula yang lucu menunjukkan bahawa dia beranggapan bahawa dia dan Kiah saling menyayangi.


--------------------------------------------------


Hindustan

Wayang Melayu sejak awal telah dihubungkaitkan dengan budaya pop India. Filem-filem Melayu dari tahun 1930-an hingga 50-an kebanyakannya diarahkan oleh ekspatriat India. Sehingga ke hari ini, filem Hindustan masih popular di kalangan Melayu.

Para pengkritik yang lebih elit (tidaklah seramai mana pun!) akan mencemuh ‘elemen-elemen Hindustan’ seperti melodrama yang terlampau, penjahat karikatur, percintaan yang menerujakan dan babak nyanyian serta tarian. Tetapi jika mengikutkan kehendak pengkritik elit, pastinya dunia dan kamus cinta generasi muda Melayu, akan dipenuhi kebosanan.

Yasmin menyenaraikan filem Raj Kapoor Bobby (1973) sebagai salah satu daripada 10 filem kegemarannya. Bobby kadangkala di rujuk sebagai Jaws di India. Bukan kerana ia mempunyai jerung mekanikal (namun ia dibintangi oleh pelakon bernama Dimple Kapadia), tetapi kerana ia menyediakan acuan bagi filem blokbuster bagi dekad yang mendatang: cerita cinta berlainan darjat, lokasi serba mewah dan muzik yang mengkhayalkan.

Ironiknya, filem Yasmin tidak dianggap ‘Hindustan’ di Malaysia. Label itu diberikan kepada filem Yusof Haslam di mana lakonan di dalam filem-filemnya adalah sangat dibuat-buat, dengan maskara yang tidak pernah habis, tumbukan yang berbunyi dushum! dan pelbagai gelas berisi ‘jus oren’ yang dihias melampau bagi pasangan yang sedang bercinta.

Sehingga ke hari ini, ungkapan macam cerita Hindustan merujuk kepada gaya berlebihan, kebetulan yang sukar diterima akal dan tangisan yang keterlaluan. Wanita terutamanya akan tertarik dengan bintang lelaki yang tegap. Seorang ahli politik Melayu yang kurang keyakinan diri menyalahkan pekerja asing dari Bangladesh, yang kadangkala seiras dengan pelakon Hindustan, kerana memikat hati wanita Melayu yang mudah terpedaya. Cemburu tak? Saya sendiri tidak menonton filem-filem Hindustan. Ia terlalu panjang.


--------------------------------------------------


Ibubapa Orked menghantarnya ke pejabat. Keseluruhan perbualan mereka dapat didengar sementara kita hanya dapat melihat syot luar kereta Kancil mereka. Industri automobil kita hanya bermula pada tahun 1980-an sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Malaysia Negara Dunia Pertama. Hari ini, kebanyakan pemandu Malaysia memandu kereta tempatan, bukan sebab tertawan dengan kualitinya tetapi kerana harga yang lebih murah. Siapa perlukan kualiti bila kita boleh memiliki kereta yang memberi perlindungan ekonomikal? Kancil adalah bersaiz kecil (fikirkan Daihatsu) dan dinamakan bersempena dengan binatang kecil yang licik di dalam hikayat Melayu dan boleh memperdayakan binatang yang lebih besar.

Babak ini adalah salah satu contoh di mana gaya penggambarannya dianggap sebagai ‘berseni’ – Yusof Haslam mungkin akan menyumbatkan kamera di dalam kereta. Ia bukannya gaya telemovie yang tipikal tetapi perbualan itu sangat menyenangkan. Mak Inom bercerita tentang kehidupan kampung yang lebih mempesonakan.

Kemudian kita tiba ke imbasan semula yang seterusnya.

Babak ini sangat menarik dengan humor yang menyengat. Kita lihat Mak Inom menunjukkan langsirnya yang mahal dan pokoknya kepada Cik Nor, jirannya di kampung. Dia tidak bermaksud untuk bersifat kejam, tetapi dia hanya ingin menunjuk-nunjuk seperti orang lain. Di dalam bahasa Hokkien ia dipanggil kiasu (tak mahu kalah). Ianya adalah mentaliti yang aneh, perempuan sebagai contoh, akan memakai seberapa banyak barang kemas yang mereka ada apabila menghadiri kenduri; mereka perlu menunjukkan bahawa mereka berkemampuan, perkahwinan mereka bahagia, tak kira apa pun cerita yang telah anda dengari, sekian terima kasih.

Jelas bahawa Cik Nor adalah lebih miskin tetapi dia hanya memendamkan perasaan. Wajahnya kelihatan penyiksaan yang sudah lama di tanggung dan menunjukkan bahawa dia pernah melalui perbualan yang tidak tentu biji butir sebelum ini, tetapi ini bukan tempatnya untuk membalas cakap. Yem turut terseret di dalam gambar;dia sedang mendakap dan membelai sesuatu. Kemudian, kita nampak bahawa ia adalah ayam betina. Walaupun saya menyedari bahawa di kampung keadaannya agak berbeza, tetapi memelihara ayam betina adalah lebih pelik daripada kucing, kerana esoknya ia mungkin akan terhidang sebagai makan malam.

Imbas semula ini menunjukkan jarak di antara persepsi Mak Inom tentang sesuatu kejadian dan apa yang sebenarnya telah berlaku. Di sebalik keadaan kampung yang mempesonakan, kita lihat punca kepada rasa geram di kampung apabila dia membanding-bandingkan kekayaannya.

Ia diteruskan dengan penceritaan si ibubapa tentang jiran mereka di kota. Di rumah teres yang kita lihat di permulaan cerita mungkin dimiliki oleh ibubapa itu yang telah sekian lama tinggal di sana. Orked kini telah mula bekerja dan ibubapanya merasakan bahawa mereka perlu pulang ke rumah di kampung, mungkin untuk memberi ruang kepada anak tunggal mereka untuk bernafas.

Ada sesuatu di sebalik kenapa kedua jiran India dan Cina itu ditonjolkan. Kehidupan kota adalah lebih kosmopolitan (harus diketepikan protes kepala lembu yang berlaku sekali-sekala). Secara kontras, satu-satunya bukan Melayu yang kita nampak di kampung adalah seorang peruncit pekak yang Yem perlu berbasikal untuk sampai ke kedainya. Imbas semula ini juga menunjukkan percanggahan yang menggelikan hati di antara persepsi dan realiti.

Orked dihantar ke bangunan pejabatnya. Ibunya yang memandu dan dia kelihatan seperti seorang yang suka mengarah berbanding si bapa. Dia selalu melanggar had kelajuan.(Saya teringkat akan petikan di dalam The Malayan Trilogy oleh Anthony Burgess : Dia menidakkan kepercayaan karut orang Eropah - sebahagian besarnya kepercayaan karut mubaligh – bahawa wanita Timur adalah tertindas.” Saya ada kakak dan ibu jadi saya tidak perlu merujuk kepada novel oleh seorang lelaki Inggeris yang telah mati untuk mengetahuinya.)

Rakan sekerja Orked (atau bos) bertanyakan siapa lelaki lucu di dalam kereta itu. Orked menjawab,”Bapa saya” di dalam bahasa Inggeris. Teman sekerjanya adalah daripada etnik Cina, dan Orked tidak berpakaian tradisional Melayu; ia adalah petunjuak visual bahawa dia bekerja di sektor swasta dan bukan di perkhidmatan awam yang sembap.

Saya teringat ceramah yang diberikan oleh Yasmin di mana dia mengatakan bahawa ramai graduan Melayu yang datang menemuramah beliau menyatakan betapa beraninya dia kerana bekerja di sektor swasta, iaitu industri yang di dominasi oleh bukan Melayu dan ekspatriat. Dari situ dia dapat melihat ramai golongan muda Melayu yang takut untuk bersaing kerana asyik disogokkan bahawa mereka bodoh dan pemalas. (Saya berpendapat bahawa UMNO sebagai parti pemerintah memang bertujuan untuk menjadikan Melayu terus merasakan bahawa mereka lemah. Parti itu selalu bertindak sebagai penyelamat bangsa. Bangsa yang rajin tidak perlu diselamatkan.)

Bagaimana Orked (dan dilanjutkan kepadaYasmin) boleh menjadi sebegitu yakin? Ia bermula dengan sokongan ibubapa yang penyayang. Tetapi pasti ada sesuatu di dalam diri mereka yang membuatkan mereka ingin meneroka wilayah yang tidak diketahui.

Mungkin ini masa yang sesuai untuk sesiapa berfikir mengenai seberapa banyakkah sifat Yasmin di dalam diri Orked. Menurut Yasmin semua kejadian di dalam filemnya adalah berdasarkan kepada memori. Ibubapanya sendiri bernama Pak Atan dan Mak Inom: itu merupakan petunjuk yang utama. Tetapi seniman berhak untuk mempunyai memori yang terpilih mahupun diputarbelit. Tanpa perlu mengulas lebih tentang spekulasi biografi, cukuplah sekadar dinyatakan bahawa Yasmin mengingati (atau mahukan) kehidupan seperti Orked yang muda itu. Hakikat kehidupan tidak dapat diterjemahkan secara terus sebagai hakikat filem. Hanya satu perbezaan, di dalam kes ini, iaitu Yasmin bukanlah anak tunggal (Orked adalah nama adiknya).

Kita kemudiannya melihat seorang lelaki Thai-Cina (Ho Yuhang) sedang mendengar lagu pop Thai. Walaupun nama wataknya ialah Elvis tapi kita masih belum mengetahuinya; terlebih dahulu Mak Inom merujuknya sebagai “Cina tu” walaupun ia bukanlah petanda rasisme per se. Seorang lelaki Amerika berkulit putih yang telah mendapat makrifat takkan berkata “lelaki kulit hitam itu” apabila merujuk kepada seseorang, tetapi siapalah kita untuk mengatakan bahawa rakyat Amerika adalah kurang rasis berbanding rakyat Malaysia? Ada sesuatu yang perlu dikatakan kerana tidak berpura-pura bahawa perbezaan luaran tidak wujud.

Mak Inom dan Elvis bercakap tentang menurap laman dengan simen. Elvis berseloroh tentang kemungkinan dia mengahwini Orked. Dia berkata yang dia tidak akan melakukannya kerana dia takut...dan di sini dia membuat aksi memotong.


--------------------------------------------------


Berkhatan

Watak Elvis dibawakan olej Ho Yuhang, teman rapat Yasmin.Filem Potong Saga telah ditampilkan di dalam kompilasi dalam talian 15Malaysia, dan ia juga adalah mengenai berkhatan.

Perbuatan membuang kulit khatan telah dipelajari oleh orang Islam daripada Yahudi. Tidak seperti Yahudi, orang Melayu selalunya berkhatan pada usia sekitar 8 tahun dan tidak semasa bayi. Jadi terdapat pelbagai cerita yang berkisar tentang ketakutan untuk berkhatan.

Lelaki yang memeluk Islam perlu berkhatan. Bagaimanapun, saya tidak pasti jika ‘mereka’ akan memeriksa anda.

Pada zaman dahulu, berkhatan melibatkan upacara berendam di dalam sungai bagi melembutkan kulit dan kemudian didudukkan di atas batang pisang sementara tok mudim mengeluarkan pisaunya. Saya hanya melakukannya di Hospital Kuala Lumpur di mana selepas itu saya termuntah akibat ingin sangat melihat rupa luka itu.

Berkhatan adalah sesuatu yang melucukan kerana alat sulit lelaki yang mudah di sakiti adalah lucu. Terdapat juga elemen batos kerana sedikit bahagian kulit memisahkan penganut dan bukan penganut. Tetapi saya terkeliru apabila menonton porno Amerika di mana kesemua lelakinya turut berkhatan. Kenyataan bahawa dimensi yang ketara berbeza adalah kecaman yang berlainan punca.


--------------------------------------------------


Di dalam babak seterusnya, di dalam dapur rumah mereka di bandar, Mak Inom menyatakan rasa ketakutan Elvis semasa dia memotong plastik pengedap makanan, sebuah visual yang melucukan. (Babak menarik lain daripada filem tempatan yang menjadi kegemaran Yasmin: temu janji pasangan yang berzina bersambung dengan suami dayus sedang memasang skru pada tayar barunya di dalam Perempuan, Isteri& Jalang pada 1993, dan simbol Kuala Lumpur City Centre sebagai latar belakang bagi pertembungan seks komersial di dalam Bukak Api pada 2000.)

Dia dan suaminya mandi bersama. Inilah yang terus dilakukan oleh ibubapanya walaupun sudah berusia dan Yasmin menganggap ia sebagai menawan. Di dalam Rabun, Yasin mendapatinya sebagai pelik. Kita tidak dapat melihat aksi mandian dan itu pastinya melegakan penonton yang lebih muda: siapa yang mahu melihat ibubapa mereka di dalam keadaan intim? Telemovie adalah tempat di mana lelaki menampar isterinya atau wanita yang lantang memohon cerai. Seks adalah dilarang daripada ditayang berbanding keganasan tetapi ini tidak menjadikan Malaysia unik. Hanya negara Eropah yang mempunyai raja berpelembagan telah mendapat makrifat dan mencapai tahap liberal yang wajar.

Di dalam perbualan keluarga yang seterusnya, Mak Inom bersungut bahawa Elvis meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk kerja menyimen tetapi Yem telah tawar-menawar harga dengannya. Terdahulu, hubungkait mengenai Cina yang tidak beretika di dalam perniagaan diangkat secara ringan di dalam babak imbasan semula Yem, apabila dia lalu di tepi Kiah: dia di dalam perjalanan untuk memulangkan kobis yang berulat kepada Ah Soon, seorang peruncit yang pekak.

Perbualan telefon di antara Mak Inom dan Cik Nor kemudiannya berlaku.. Kita hanya ditunjukkan bahagian belakang kepala Mak Inom dan langsung tidak mendengar suara Cik Nor. Secara harfiah, kita sedang memasang telinga untuk mendengar perbualan itu. Cik Nor ingin meminjam wang untuk hantaran Yem.

Beberapa babak kemudian perbualan ini bersambung semula secara bersemuka. Tetapi kali ini walaupun kedengaran suara kedua wanita itu namun kita hanya nampak akan Cik Nor. Kita kemudiannya mengetahui bahawa mereka menjadi saudara melalui perkahwinan iaitu aruah suami Cik Nor. Dia duduk di atas lantai dengan kedudukan seolah-olah merayu dan rendah diri. Mak Inom berleter tentang Yem yang tidak bertanggungjawab: kenapa dia ingin berkahwin sedangkan dia belum habis belajar dan tidak stabil? Wajah balu ini ketara menyedihkan: dia mungkin memberithau dirinya tentang litani yang sama. Gelak tawa Mak Inom dan Pak Atan menambahkan luka di dada dan seterusnya menunjukkan bahawa Cik Nor sudah tidak bersuami. Tiada sebarang wang yang dipinjamkan di pengakhiran.

Sebelum itu kita melihat Yem yang kelihatan berputus asa sedang mencangkung di tepi jalan. Dia bersungut kepada mereka tentang wang hantaran RM5,000 yang mahal. Dia kemudiannya berbahasa kesat “benda besar secawan” nak letak harga tinggi! Sebenarnya ibubapa Kiah menolak pinangan seorang yang miskin sepertinya dengan meletakkan harga yang tinggi: ia mengingatkan kita tentang hikayat Puteri Gunung Ledang yang meminta lebih lagi.

Dengan menunjukkan betapa mudahnya dia dikecam kepada mereka yang lebih muda bermaksud dia telah dijatuhkan air muka dan tidak peduli untuk terus bertertib. Kita mengetahui yang ayam kesayangannya juga bernama Kiah. Jika dia marahkan si gadis, adakah dia akan melepaskan kemarahannya kepada haiwan yang yang tidak berdosa itu?

Mak Inom memberitahu Elvis agar tidak mengenakan harga yang tinggi untuk kerja menyimen. Elvis yang jelas tidak selesa kemudiannya memberitahu perkara sebenar: dia sebenarnya mengenakan harga yang lebih rendah, tetapi Yem (dia telah diamanahkan oleh pasangan tersebut untuk menguruskan hal kewangan) telah memberitahunya untuk meletakkan harga tinggi dengan duit selebihnya masuk ke poket Yem.


--------------------------------------------------


Rasuah

Urusniaga perniagaan yang tidak boleh dipercayai bukanlah perkara baru di Malaysia, walaupun kita kadangkala memujuk diri dengan mengatakan kita tidaklah seteruk jiran kita, Indonesia dan Filipina! (Singapura adalah negara bersih rasuah yang berada di dalam liganya sendiri, tetapi kita tidak menghiraukannya, atau hanya menganggap penguatkuasaan undang-undang bagi negara kecil adalah lebih mudah)

Projek kerajaan diberikan tanpa pembukaan tender dan ini mewujudkan rasuah di peringkat tertinggi. Bahasa pasar untuk ini ialah politik wang. Ia kemudiannya mengalir kepada perkara lain di dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, tidak ada seorang pun pemandu Malaysia yang tidak pernah diminta wang rasuah oleh polis trafik. Terma untuk rasuah kecil ini ialah duit kopi : walaupun secawan sehari lama-lama ketagih jua.

Yasmin berkata bahawa dia tidak mahu membincangkan politik secara terbuka di dalam filemnya; dia hanya mahu menujukkan kemanusiaan. Tentu sahaja dia mengetahui apa yang berlaku ; dan babak ini dengan hebat menunjukkan kemarahannya yang terpendam.

Jika ia wujud pada skala yang lebih besar, urusniaga yang dicadangkan oleh Yem akan dipanggil sebagai skim Ali Baba. Kerajaan selalu memberikan kontrak kepada syarikat Melayu dengan sesetengahnya tidak mempunyai skil untuk menjalankan pekerjaan itu. (Terdapat persepsi bahawa syarikat milik Cina bersifat sangat berahsia dan tertutup di dalam hal berkongsi kepakaran.) Syarikat Melayu akan sapkon (ganti-kontrak) projek itu kepada syarikat bukan-Melayu. Secara harfiah ia bukanlah rasuah tetapi pastinya menambahkan kos barangan.


--------------------------------------------------


Mak Inom mendengar dengan teliti akan cerita Elvis; dia sebenarnya melenting. Apa yang mengesankan ialah Yem (seorang Melayu dan saudara) cuba untuk menipunya, dan lelaki Cina ini telah digunakan. Ianya bertentangan dengan momokan paranoid ahli politik Melayu terhadap pengundi: Cina yang tamak mengambil hak Melayu, jadi Melayu mesti bersatu (seperti keluarga).

Di dalam filem Melayu terdapat banyak etnik yang digunakan sebagai watak penjahat. Sebagai contoh, filem polis Gerak Khas oleh Yusof Haslam sering mempunyai penjahat bukan Melayu yang bernama seperti Rafael dan Castello. Tetapi Rabun telah mengubah semua ini kepada satu tahap tertentu. Saya mengatakan bahawa hanya kepada satu tahap tertentu kerana tiada penjahat yang besar di dalamnya. Kita memahami keadaan Yem yang terdesak; kita melihat bagaimana cemburu boleh terhasil apabila Mak Inom memperagakan kekayaannya. Keengganan untuk mencipta moral yang jelas juga bukanlah sesuatu yang biasa di dalam telemovie. (Petikan popular daripada The Rules of the Game: “Apa yang dahsyat ialah semua orang mempunyai sebabnya.” Filem Perancis ini disenaraikan sebagai 10 filem terbaik pernah dibuat oleh mereka di majalah Sight & Sound dan berbaloi untuk ditonton)

Pada ketika ini metafora tajuk Rabun menjadi jelas. Secara harfiah, masalah penglihatan Pak Atan membuatkan dia tersalah anggap kambing sebagai kereta, kereta sebagai lembu dan seterusnya. Apabila dikaitkan dengan tema, Mak Inom gagal melihat bahawa kehidupan kampung yang mempesonakan itu bukanlah syurga dipenuhi mereka yang suka menolong.

Dia memberitahu Elvis bahawa mulai sekarang dia akan membayar Elvis secara terus kerana sekurang-kurangnya dia “buat kerja”. Ia seterusnya diikuti babak Pak Atan menampar nyamuk yang sedang menghisap darah dari pipinya- kali ini satu mainan visual yang tidak terlau lancang merujuk kepada Yem yang tidak berlaku jujur. Dia mengatakan: tiada lagi orang tengah.

Orang tengah adalah sebahagian punca mengapa terdapat rasa tidak percaya kepada Cina di kalangan Melayu. Katakan pada masa dahulu, pertembungan di antara peladang Melayu dengan Cina hanyalah apabila orang tengah Cina dating untuk mengambil hasilnya untuk dijual semula di bandar pada harga yang tinggi. Ini telah mencipta stereotaip bahawa orang Cina bukan sahaja pandai memanipulasi bahkan kaya. Prejudis awal ini tentunya dibantu oleh kepercayaan yang berakar umbi daripada parti politik komunal di negara ini, dengan tiga etnik utama diwakili oleh parti mereka sendiri bagi memenuhi kepentingan masing-masing. Tentunya cauvinis ada di mana-mana. Ada pendidik Cina yang menolak secara aktif sebarang percubaan bagi membawa kanak-kanak berbahasa Cina untuk berhubung secara dekat dengan kanak-kanak yang menggunakan bahasa lain.

Kita sebagai rakyat Malaysia adalah kekurangan empati. Kita tidak boleh (atau tidak mahu) membayangkan bagaimanakah hidup kita jika kita dilahirkan sebagai bukan diri kita. Mereka yang melihat ini sebagai satu permasalahan akan cuba untuk membetulkannya melalui aktivisme dan berpolemik. Tetapi Yasmin bercerita.

Ciri khusus iklannya yang seperti dongeng ( sudah popular apabila Rabun diterbitkan) bukan sahaja menjadi perhatian bagi meraikan perbezaan, bahkan selalunya kelihatan melalui kejadian yang tidak dijangka tetapi diatur seiring secara biasa.Selain daripada Yem yang mendegar lagu Hindustan dan Elvis dengan lagu Thainya, terdapat seorang lelaki India yang pandai berbahasa Kantonis di dalam Rabun.( Dia merupakan seorang pelayan di Coliseum Cafe, salah satu kafe yang tertua di Kuala Lumpur, dan merupakan kubu kepada kota kosmopolitan lampau.Benar, kehidupan dulu lebih mudah apabila lebih separuh daripada populasi hidup di bawah garis kemiskinan, tetapi sehingga rusuhan kaum pada 1969 negara kita masih bertoleransi dengan perbezaan asas tanpa ugutan dan perasaan marah).

Pastinya politik bukanlah hanya mengenai etnik dan ekonomi. Terdapat juga mengenai jantina di mana Yasmin secara unik cuba untuk membincangkannya. Yasin mengajar Orked memandu. Dia kurang sabar dengan Orked yang lembap dan telah memarahinya; Orked kemudian memarahinya kerana bersikap kasar. Kereta Yasin iaitu BMW adalah lebih mahal daripada kereta ibubapanya. Jika Orked seorang yang berfikiran cetek, dia akan ingin sekali untuk memuaskan hati Yasin kerana dia seorang yang kaya dan tampan. Tetapi dia mempunyai visi perkahwinan yang ideal iaitu seperti yang dinikmati oleh ibubapanya. Yasin seolah memahami visi itu dan kemudian sesal dengan perbuatannya.

Ibubapa Orked pulang ke rumah dan mendapati kereta Yasin di letakkan di jalan masuk rumah. Mereka mendengar seseorang (atau dua?) sedang mandi. Mak Inom mengesyaki pasangan muda itu berada di dalam! Tetapi Orked membuktikan yang dia adalah seorang Muslim yang boleh dipercayai.


--------------------------------------------------


Khalwat

Pihak berkuasa dibenarkan untuk menerjah masuk ke rumah orang dan bilik hotel bagi menangkap mereka yang disyaki berkhalwat. Ini adalah kesalahan di bawah undang-undang syariah dan boleh menyebabkan anda di saman, dipenjara atau di rotan satu hari nanti.

Ia dianggap sebagai bahasa yang korup kerana maksud asal di dalam bahasa Arab ialah bermeditasi di tempat terpencil, dan selalunya dilakukan oleh Nabi Muhamad S.A.W sebelum mendapat makrifat keagamaan.Melayu kontemporari telah mengambil konsep ini dan memutarbelitkannya menjadi pertemuan haram yang erotik.

Serbuan ini adalah akibat yang tidak disengajakan berpunca daripada kesedaran Islamik yang bermula pada tahun 1970-an di antara dua parti politik, UMNO dan PAS, yang berlumba untuk melihat siapa lebih layak menjadi pelindung moral.

Ratusan dan ribuan Melayu terus lemah secara ekonomi, dan kini privasi mereka juga semakin berkurangan. Pada masa sebegini anda akan terfikir sama ada retorik ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh dua parti ini bukanlah untuk menutup kenyataan bahawa Melayu-Islam sebenarnya mempunyai kurang hak di dalam sesetengah perkara. Semuanya kerana pegawai yang sangat bersemangat untuk memastikan kita semua masuk ke syurga.

--------------------------------------------------


Cik Nor bersemuka dengan Yem di dalam rumah mereka yang gelap. Kegelapan itu wujud kerana satu sebab: Yem tidak mampu untuk membayar bil elektrik. Tidak mengejutkan bila dia menyalahkan Mak Inom kerana menghalang dia daripada mendapat duit hasil urusniaga simen. Ia merbahaya apabila orang merasakan kehidupan berhutang sesuatu kepada mereka dan Yem nampaknya sudah tidak waras. Dia mengatakan bahawa pasangan tua itu telah membawa sial kepada mereka. Ibu tirinya yang terkejut menuduh dia bercakap seperti orang tidak bertuhan.

--------------------------------------------------


Sial

Konsep sial adalah nilai zaman Melayu yang tidak progresif dan cepat berputus asa. Masyarakat Cina juga mempunyai terma yang sama, suey, yang diketahui segenap rakyat Malaysia. Seseorang boleh menjadi sial dan boleh disucikan melalui upacara mandi bunga, yang di tokok tambah dengan jampi serapah.

Salah satu tajuk filem Melayu kesukaan saya ialah: Sial Wanita (1969), yang langsung tiada kena mengena dengan haid.

Idea mengenai sesetengah orang dilahirkan sial, atau boleh membawa malang kepada orang lain dengan kewujudan mereka, atau ditakdirkan untuk terus miskin adalah kepercayaan yang tidak Islamik. Perdana Menteri Keempat Dr. Mahathir Mohamad (beliau sangat disayangi oleh Yasmin) menghabiskan separuh daripada usainya bagi mengubah sikap Melayu yang kuno ini.

Ada upacara yang masih diamalkan dan saya akui ia agak romantis.


--------------------------------------------------


Yem membuat pembalasan dendam terhadap Pak Atan dan Mak Inom. Bermula dengan kekejaman yang remeh seperti membiarkan paip air terbuka dan menyebabkan mereka terpaksa membayar bil yang tinggi. Ia kemudian semakin menakutkan: tikus mati mula muncul di hadapan rumah mereka; pokok mereka di racun.

Sebaik selepas ini, kita nampak pasangan ini memandikan sesama sendiri di kawasan terbuka.

Ia adalah babak yang paling mengghairahkan di dalam filem ini (walaupun mereka masaih memakai kain sarung) dan penapisan TV3 telah memotong babak ini. Penapisan selalunya mengaibkan; dalam perkara ini, mandi adalah bagi menyucikan sial yang menjejaskan kehidupan mereka kebelakangan ini. Saat hubungan mesra ini diatur seiring dengan keadaan Cik Nor yang bersendirian di rumah. Buat pertama kali dia melepaskan rambutnya; dia nampak lebih muda, cantik dan lebih kesepian daripada yang pernah kita lihat. Dia memeluk bantal golek di atas katil sebagai pengganti kepada lelaki yang patut berada di sebelahnya. Di dalamfilem Melayu lama, pasangan muda yang tidak dapat sekatil (sama ada disebabkan oleh jarak atau tidak mempunyai sijil nikah) selalunya memeluk bantal dan bantal golek dan kadangkala semasa menyanyi duet. Tetapi babak ini mempunyai kehibaan yang mendalam; ia lebih mengejutkan.

Ia mungkin penghormatan kepada babak melancap di dalam filem Tsai Ming Liang What Time is it There? (2001) yang lebih eksplisit dan pastinya telah ditonton oleh Yasmin.

(Pertama kali saya melihat Yasmin ialah pada 1999, di sebuah tayangan filem Tsai di sebuah panggung wayang lama yang akan ditinggalkan di Petaling Jaya. Tayangan itu di atur oleh Kelab Seni Filem Malaysia, sebuah kelab filem kecil yang turut menjemput kehadiran Tsai. Ini mungkin pertama kali filem Tsai ditayangkan di negara kelahirannya. Dia mendesak untuk tayangan 35mm, jadi panggung wayang ini dipilih walaupun ia sudah terlalu uzur hinggakan penyaman udaranya sudah hampir tidak berfungsi. Saya teringat bila Yasmin bertanyakan soalan kepadanya selepas Vive L'Amour [1994] dan saya teringat perasaan terkejut yang saya rasai dengan soalan itu dan saya tidak akan mengulanginya di sini. Tetapi saya tidak bercakap dengannya; saya tidak mengenalinya. Saya fikir Tsai kemudiannya menggunakan pengalaman di panggung wayang tersebut sebagai salah satu inspirasi bagi filem Goodbye, Dragon Inn [2003]).

Yem mendapati Kiah kesayangannya (ayam, bukan si gadis) telah mati. Ia mungkin dengan tidak sengaja termakan racun yang dia tinggalkan di kebun jirannya. Dia berjaga sehingga lewat malam, mungkin khayal dengan ganja, menajamkan parangnya. Adakah dia akan mengamuk?


--------------------------------------------------


Amuk

Beberapa perkataan Melayu telah digunakan sebagai perkataan Inggeris, amuk adalah fenomena yang mengagumkan orang Barat: lelaki muda berkegilaan untuk membunuh kerana penghinaan yang benar atau diimiginasi.

Gambaran terbaik yang pernah saya baca ialah daripada novel Perancis The Soul of Malaya (1930): “Kegilaan ini yang dipanggil amuk mungkin juga pembalasan dendam, pembebasan diri melalui pemberontakan, termalu dengan penghambaan yang disengajakan sendiri, hingga akhirnya memakan diri, dan tenaga yang banyak kian terkumpul sehinggakan perkara yang kecil boleh menyebabkannya. Apa yang berlaku seterusnya adalah kegilaan, ianya adalah kegila-gilaan yang waras dan boleh menggunakan semua sumber muslihat.

Ini bukanlah kejadian yang sering berlaku (Saya tetap ingin menambah, jika secara kebetulan anda adalah orang asing yang sedang merancang untuk melancong ke sini). Ia nampaknya berlaku, dengan beberapa variasi, di institusi pengajian tinggi Amerika, jadi ia bukanlah lagi satu fenonema unik Melayu.


--------------------------------------------------


Terdapat kemungkinan peristiwa mengghairahkan telah berlaku di dalam bilik tidur pasangan tersebut. Pak Atan meminta isterinya supaya berhenti memandang bulan penuh dari tingkap dan melihat hasil bulan sabit hasil daripada Viagra di dalam bilik mereka.(Perhatian fakta peminat: ini adalah kali kedua alat kelamin di sebut di dalam filem ini selepas ‘cawan’ yang diperkatakan Yem. Ia mungkin yang ketiga jika anda mengira lawak berkhatan.)

Apa yang berlaku seterusnya, saya akui, agak mengelirukan. Mereka terdengar bunyi pokok sedang ditebang. Kita mengandaikan bahawa Yem cuba mengakibatkan lebih banyak kerosakan. Mereka keluar daripada rumah. Pak Atan yang rabun berlari ke arah pokok, sambil menghayunkan penyapu. Tetapi Mak Inom mencari sasaran (dengan mata yang tertutup seperti di dalam prolog) dan merejam dengan senjata yang lebih berkesan, dahan yang keras, ke arah bunyi menebang. Ia mengenai seseorang (mungkin Yem) yang mendengking kesakitan.

Kita kemudiannya melihat Cik Nor memandang ke luar tingkap, memanggil Yem. Tetapi Yem sudah berada di dalam rumah dan menariknya daripada tingkap. Dia menampar Cik Nor untuk mendiamkannya. Dia menyerang (atau mungkin merogol) Cik Nor. Kita nampak Pak Atan, bahagian badannya terpalit kotor dan sedang duduk di luar rumah. Isterinya yang membantu membersihkan badannya dan dia menangis Apa yang berlaku kepadanya? Adakah dia bertembung dengan Yem? Adakah terjadinya perkelahian yang kita tidak nampak? Adakah dia tersadung dang terjatuh? Sesuatu yang traumatik telah berlaku tetapi maklumatnya seperti hilang.

Pada waktu pagi, mereka kembali semula ke kereta; tangan Pak Atan beranduh. Sekali ini sajalah kita melihat Mak Inom memakai tudung. Sebelum ini dia hanya memakai anak tudung. Saya hairan kenapa dia bertudung litup sekarang: adakah dia hendak pergi bersolat di mana-mana?

Kereta itu bergerak meninggalkan kampung tetapi Cik Nor tergopoh-gopoh memanggil mereka. Dia hanya ingin mengucapkan selamat tinggal. Mak Inom terus memandu dengan perasaan marah, tetapi dia ternampak lebam di muka Cik Nor. Yem berada di tangga rumah, dengan balutan di kepala( kita menganggap bahawa ianya akibat daripada dahan yang direjam). Mak Inom merenungnya tajam; dia menyalahkan Yem, bukan ibu tirinya, di atas segala masalah yang mereka hadapi. Satu ketika dia berdiri; kemudiannya dia tergelempang di bawah selepas (isi tempat kosong di sini) ditumbuk oleh Mak Inom. Ianya cara yang cemerkap dan mendadak untuk menamatkan perkelahian; teknik itu lebih berkesan di dalam filem-filem Takeshi Kitano, Yasmin barangkali mendapatinya dari situ.

Kita masih belum sampai ke penamat. Orked dan Yasin, kembali belajar memandu, semasa pasangan tua itu bermain koba, yang kita lihat kali terakhir semasa prolog. Tetapi kali ini, kita dapat melihat semua orang yang sedang bermain. Orked melompat keluar daripada kereta untuk menyertai mereka. Perlahan-lahan kita menyedari ada sesuatu yang pelik tentang babak ini: ada mereka, secara logik tidak patut berada di ruang yang sama untuk bermain permainan ini. Kita tidak pasti jika permainan ini dimainkan di Bandar, di kampung, atau suatu tempat mistik. Kita akhirnya mendapati kesemua watak bermain koba bersama secara harmoni; ayam Yem pun sudah hidup kembali.

Ia adalah babak yang di luar alam nyata bagi filem yang agak realistik ini. Jika ini adalah pementasan, kita akan menganggap bahawa persembahan sudah tamat. Tetapi kita tidak biasa melihat pelakon di dalam filem melakukannya. Yasmin mendapat inspirasi daripada Theatre Impressions, sajak daripada Wistawa Szymborska, yang bermula begini :


Padaku tragedi yang paling penting adalah babak keenam:

Yang mati kembali hidup daripada pentas medan perang,

Membetulkan rambut palsu dan gaun cantik,

Mencabut pisau yang terkena dada,

Membuang tali gantung dari leher yang longlai,

Beratur di antara yang hidup,

Untuk mengadap penonton.


Bagi penyajak itu, kepiluan tiba apabila topeng ditanggalkan dan pelakon meninggalkan pentas. Melihat para pelakon yang telah menjalankan tugas mereka memusnahkan ilusi pementasan itu, tetapi ianya untuk kebaikan: kita mencapai tahap menghargai usaha keras daripada orang biasa.

Faktor yang merumitkan ialah apabila pelakon Rabun muncul sebagai watak dan bukan pelakon yang memandang penonton dengan wajah yang berseri-seri. (Sekurang-kurangnya saya berharap yang mereka berada di dalam karakter masing-masing; ia agak mengganggu jika Irwan Iskandar memilih untuk mengusap ayam betinanya dengan cara fetisy yang membimbangkan. Ia menjadi potret harmoni: semua perkelahian telah selesai, digantikan dengan permainan lama. Mungkin dimensi selari ini serupa dengan alam Bunian, masyarakat ghaib yang hidup secara aman di kalangan kita.

Teks di layar memaklumkan kita bahawa Pak Atan telah terselamat daripada komplikasi kencing manis. Ia berdasarkan kepada sesuatu yang benar-benar terjadi kepada bapa Yasmin. Itulah faktor pemangkin yang membuatkan dia berikrar untuk membuat filem bagi menggembirakan ibubapanya dan mudah-mudahan kegembiraan itu dapat memanjangkan umur mereka.

Kita mendengar suara Pak Atan dan Mak Inom. Mereka sedang bercakap tentang kematian. Mak Inom menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk hidup jika Pak Atan meninggal dahulu. Pak Atan pula,sebagai seorang lelaki budiman, mengatakan dia berharap agar Mak Inom yang mati dahulu kerana dia tidak sanggup memikirkan kesengsaraan yang bakal dihadapi Mak Inom. Menanti kematian bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi mereka yang sudah mencapai sesuatu tahap usia. Ia adalah sifat manusia yang menjangkakan agar yang tua akan pergi dulu. Ada perkara yang lebih menyedihkan daripada melihat ibubapa mengebumikan anak mereka. Tapi kita tahu di mana contoh ini berlaku.

Pada ketika saya menulis ini, ibubapa Micheal Jackson baru sahaja melakukan perkara tersebut. Yasmin telah memberikan penghormatan kepadanya di dalam blog, dengan meletakkan klip tarian beliau daripada Youtube; dia hanya meletakkan satu tajuk yang ringkas: “Respect” (Hormat). Dia kemudian menggantikannya dengan klip video seorang peserta pertandingan nyanyian dari Britain yang menyanyikan lagu Micheal Jackson. Ideanya ialah tentang pembaharuan; bakat,seperti tenaga, adalah berterusan dan akan sentiasa menemui saluran baru.

Tetapi perkataan terakhir yang kita dengar bukanlah mengenai kematian. Ianya adalah Pak Atan yang mengungkapkan “saya juga cintakan awak, sayang.” Lagu tema bagi kredit adalah lagu Thai yang sering didengari Elvis. Hampir tiada siapa yang menonton Rabun di TV Malaysia dapat memahami liriknya, tapi kegembiraan tidak memerlukan sarikata. Kita tidak sepatutnya meratapi kematian yang tidak dapat dielakkan. Hidup mesti diraikan selagi kita cukup terbuka untuk melihat, mendengar dan mencintai.

Monday 8 February 2010

My email interview with the editor of Dewan Budaya for last month's issue. I forgot to buy the magazine, though!


DEWAN BUDAYA: Pada masa kini, filem-filem seram di Malaysia mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penonton. Dan mengikut garis panduan penapisan filem LPF, filem-filem seram dengan secara tidak langsung memberi mesej supaya filem seram perlu dikurangkan. Berdasarkan dasar tersebut, ini telah menjadi konflik kepada pembikin filem tanah air. Bagaimanakah industri filem tempatan menangani mesej baharu ini?

AMIR: Saya bukanlah jurucakap untuk 'industri' ini jadi tak ingin komen. Tapi saya rasa setiap orang berhak membuat apa saja filem yang dia nak buat. Soal garis panduan selalu sangat berubah atas ketentuan politik dan pihak yang berkepentingan jadi tak harus diambil terlalu serius.


DB:. Mutakhir pembikin filem tempatan lebih cenderung menerbitkan filem seram. Apakah ini merupakan trend yang sihat ke arah membentuk masyarakat yang berilmu?

AM: Filem seram juga boleh menjadi sumber ilmu. Contohnya, orang yang tidak menonton filem seram Barat tidak akan tahu bahawa jika seorang wanita hendak mencari punca 'bunyi ganjil' yang dia dengar di tengah malam buta, dia haruslah keluar rumah sambil pakai baju yang jarang. Tapi kalau nak serius: Masyarakat berilmu lahir daripada beberapa faktor, dan cerita seram di mana-mana tamadun hanyalah satu wahana eskapisme. Yang lebih membantut masyarakat berilmu ialah penyekatan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap media arus perdana selama berdekad-dekad, bukannya beberapa kerat pembikin filem yang nak cari untung kecil.


DB. Yang manakah perlu dipentingkan dahulu, membikin filem untuk penonton atau membikin filem untuk kebanggaan negara?

AM: 'Negara' boleh dibanggakan dengan perkara yang amat bangang seperti pembuatan roti canai terbesar. Dan 'penonton' bukanlah komoditi yang begitu tentu sifatnya. Jadi yang paling jujur ialah prinsip 'tepuk dada, tanya selera' dan 'berani buat berani tanggung.'


DB: Adakah kita akan berjaya mendapatkan penonton berbudaya atau penonton berilmu seperti mana di negara-negara maju yang lain?

AM: Saya rasa, ehsan pencetak rompak, penonton sekarang semakin bijak bila nak menilai sesuatu kerana mereka dengan lebih mudah dapat membuat perbandingan dengan produk lain. Benar, 'literasi media' sebegini bukanlah ilmu yang paling penting tapi ia lebih baik daripada tak tahu apa-apa. Soal budaya dan ilmu akan muncul bila masyarakat cukup peka, prihatin dan ingin tahu mengenai diri mereka dan perkara-perkara di sekeliling mereka. Malangnya kita telah digalakkan untuk melihat 'budaya' dan 'ilmu' hanya sebagai produk yang dapat didadangkan dan bukannya proses pendewasaan. Bak kata orang kampung: You get the films you deserve.


DB: Apakah peranan penerbit filem dalam usaha ke arah pencapaian matlamat gagasan Satu Malaysia?

AM: Penghapusan kuota etnik dari segi biasiswa, pinjaman bank dan sebagainya jauh lebih bermakna untuk mencapai apa yang saya inginkan daripada gagasan sebegini. Juga penghapusan mana-mana parti politik yang berdasarkan kaum semata-mata; ianya ketinggalan zaman dan menjumudkan. Pernahkan kita dengar mana-mana negara maju yang diperintah oleh Pertubuhan Kebangsaan Kaum Kulit Putih, misalnya? Angka terkini menunjukkan yang ramai profesional muda berbangsa Melayu sendiri lebih rela pindah ke negera lain daripada dicop sebagai 'makan duit sabsidi.' Suasana sebegini mencipta kelesuan intelektual yang bukan sedikit.


DB: Mampukah filem kita menembusi pasaran filem antarabangsa?

AM: Filem digital James Lee, The Beautiful Washing Machine, dipasarkan di Korea. Dan filem Mukhsin arahan Yasmin Ahmad ditayang di pawagam Perancis dengan skala yang lebih besar. Tidak ketinggalan filem-filem seram terbitan Metrowealth yang dipasarkan di Manila dan Singapura dan laku juga. Di mana ada daya, di situ ada peluang. Dalam ertikata yang lain: Insya-Allah!