Sunday, 30 January 2011

Seutas kata mutiara (bahagian 2)

Orang konservatif ialah orang yang memiliki sepasang kaki tapi tak pernah belajar untuk melangkah ke depan. - Franklin D. Roosevelt

Jika benar kau tak boleh hidup tanpaku, kenapa kau tak mati-mati lagi? - Cynthia Heimel

Seorang pengarah filem harus menjadi seorang ahli polis, mak bidan, pakar sakit jiwa, kaki bodek dan anak haram. - Billy Wilder

Lakonan adalah kerjaya yang paling sesuai untuk orang tolol. - Katharine Hepburn

TV adalah sumber ilmu bagi saya. Setiap kali TV dipasang, saya akan pergi ke bilik sebelah untuk membaca buku. - Groucho Marx

Jika saya tiada rasa humor, saya sudah lama bunuh diri. - Gandhi

Jika kamu tak pernah dibenci oleh anakmu sendiri, kamu belum pernah menjadi ibu atau bapa. - Bette Davis

Jika kita mahu tahu kesucian, kita harus berkenalan dulu dengan maksiat. - Marquis de Sade

Orang yang merajuk sebab tak mendapat anugerah di dunia ialah orang yang tahu kerjanya tak akan dihargai di akhirat. - Amir Muhammad

Kata-kata ringkas ialah kepetahan yang paling mempesona. - Cicero, lebih 2,000 tahun sebelum wujudnya Twitter.

Kalau pengundian berupaya mengubah apa-apa, mereka akan mengharamkannya. - Emma Goldman

Orang kaya akan tetap menambah harta dan orang miskin akan tetap menambah anak. - F. Scott Fitzgerald

Setiap benda yang benar-benar jahat bermula dari kemurnian. - Ernest Hemingway

1 comment:

Unknown said...

menarik kata2 gandhi