Friday, 16 March 2012

2 novel Fixi yang pertama untuk 2012



(Sila klik di gambar untuk maklumat lanjut)

Ya konsep kulit depan berbeda dikit daripada 10 novel kami pada tahun 2011. Sebab apalah hidup tanya berhijrah sekali-sekala? (Tapi spine dan belakang dibiarkan konsisten dengan novel-novel tahun lepas. Untuk menggalakkan lagi fetisy pengumpul buku gitu.)

Desain kulit depan kalini dibuat terus oleh Teck Hee dan kami tidak gunakan jurugambar atau model. Beza Teck Hee dengan beberapa designer lain: dia akan membaca manuskrip penuh sebelum kemukakan cadangan konsep!

Bisik (judul asal: Distorsi) ialah sebuah psychological thriller yang kemas dan kinky oleh Syaihan Syafiq. Manakala Invasi (judul asal: Hero) ialah naratif ganas dan kekadang lucu pasal serangan alien; diharap Raja Faisal dapat membina following untuk novel-novel sai-fai tempatan yang tak banyak di pasaran (atau yang dibuat hanya untuk 'budak-budak').Terima kasih kepada kedua-dua penulis sebab memilih Buku Fixi untuk terbitkan novel mereka yang pertama!

Ada 4 lagi buku yang kami nak umumkan sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (27 April - 6 Mei) nanti. Tungguuuuu!

3 comments:

gabrielle said...

Amir, am waiting for you to write about Bunohan :D

jejaka anggun said...

congrats.

d_tieah said...

Tak sabar nak dapat free sbg panel pembaca.. Huhuhu..