Thursday, 1 May 2008

The gospel according to Hishamuddin Rais

Saya memilih untuk menulis dalam Bahasa Melayu ... Saya percaya Bahasa Melayu adalah bahasa strategik untuk perubahan. Saya menolak konsep bahasa kebangsaan. Untuk saya 'kebangsaan' tidak memiliki apa-apa nilai.

Kemerosotan sistem pentadbiran negara di bawah United Malay National Organisation begitu terselah. Ini bukan bangkai gajah yang ditutup dengan nyiru tetapi lebih jelas dari itu - seperti Datin Seri Rosmah menunggang gajah.

Bayangkan Mahathir Mohamad terperanjat kerana ada rasuah dalam United Malay National Organisation. Apa punya manusia yang boleh terperanjat apabila mendapat tahu bahawa adanya rasuah dalam partinya, yang dia sendiri pernah menjadi ketua. Terperanjat? Ini samalah seperti cerita Siti Nurhaliza terperanjat apabila melihat Datuk K menanggalkan seluar dalamnya ketika hendak masuk bilik mandi di Hawaii.

Datuk moyang kita telah meninggalkan pesan - jika jumpa ular dan jumpa ayam hutan, ketuk kepala Mahathir dulu.

Pandangan orang ramai tidak akan membantu menyelesaikan bil telefon saya.

Reformasi bukan satu parti politik. Ianya juga bukan satu kelab sosial. Sesiapa sahaja boleh masuk dan keluar. Gerakan Reformasi tidak ada keahlian yang memastikan kesetiaan dengan membayar yuran. Apa yang penting ialah menyokong agenda perjuangan untuk menegakkan sebuah negara yang lebih adil dan lebih telus dari apa yang ada hari ini.

Tolong jangan harap-harapkan pagar. Pagar sekarang bukan sahaja sedang makan padi malah jerami kering dan pokok kelapa di tepi sawah pun sedang dibaham.

Lebih baik orang jahat yang terbukti jahatnya terus berkuasa kerana rakyat secara umum telah mengenalinya. Amat susah untuk melahirkan pertentangan tajam jika 'penyapu' baru datang. 'Penyapu' baru ini akan memberi harapan untuk membersihkan lantai, walhal yang kita mahukan bukan lantai bersih tetapi sebuah rumah yang baru.

Anak muda yang tidak melakukan kesalahan atau kesilapan adalah anak muda yang telah dituakan.

Hidup ini satu pesta yang wajib kita rayakan di setiap detik, bukan hanya permulaan kalendar Gregorian. Champagne dan air anggur kehidupan wajib diminum di setiap saat.

Burung punai saya adalah milik peribadi. Terpulanglah kepada saya dengan siapa saya ingin berkongsi burung punai ini.


All quotes from the book that is available here and in major bookstores nationwide.

No comments: