Tuesday 18 January 2011

Seutas kata mutiara

Jika kita mahu tahu kesucian, kita harus berkenalan dulu dengan maksiat. - Marquis de Sade

Saya suka binatang babi. Anjing hormati kita. Kucing pandang rendah kepada kita. Tapi babi anggap kita sama taraf. - Winston Churchill

Komputer semuanya tak berguna. Mereka hanya boleh berikan jawapan. - Pablo Picasso (pada tahun 1968).

Jika kamu memiliki faraj dan juga sudut pandang, itu merupakan kombinasi yang cukup mengancam. - Sharon Stone

Jika sebuah filem bermula dengan ayat-ayat Allah, itu bukanlah petanda bahawa filem itu sendiri bukan macam setan. - Amir Muhammad

Apabila dunia dipenuni dusta, bercakap benar menjadi satu tindakan revolusioner. - George Orwell

Jika saya tidak dibenarkan ketawa di Syurga, saya tidak mahu ke sana. - Martin Luther (1483-1546).

Apa yang diperlukan untuk sesuatu filem hanyalah seorang perempuan dan sepucuk pistol. - Jean-Luc Godard

Adakah seks itu kotor? Hanya jika dibuat dengan betul. - Woody Allen

Sukan tinju ialah apabila ramai lelaki kulit putih menonton dua lelaki kulit hitam berbelasah sesama sendiri. - Muhammad Ali

Neraka dipenuhi oleh ahli-ahli muzik yang amatur. - George Bernard Shaw.

Setia kepada negara sentiasa. Setia kepada kerajaan apabila ia layak menerimanya. - Mark Twain

Selalu maafkan musuh-musuh anda; tiada apa yang akan membuat mereka lebih geram. - Oscar Wilde.

Benarlah pada dirimu sendiri, dan ia akan menuruti, bagaikan malam menuruti siang, dirimu takkan bertindak palsu dengan orang lain - Shakespeare.

Orang yang punyai begitu ramai kawan sebenarnya tiada kawan. - Aristotle, lebih 2,000 tahun sebelum wujud Facebook.

Orang baik tak perlu undang-undang untuk pastikan diri mereka baik, sedangkan orang jahat akan temui cara atasi undang-undang untuk terus jahat. - Plato

Sayalah orang paling bijaksana dalam hidup ini, kerana saya tahu satu hal: bahawa saya tidak tahu apa-apa. - Socrates.

1 comment:

Abesa007 said...

aristotle- hahahahahaha :P