Thursday, 28 April 2011

Box-office figures for the first 10 Malaysian films in 2011

1. Khurafat - RM8.1 million
2. Hikayat Merong Mahawangsa - RM6.5 million
3. Great Day - RM4.5 million (estimated)
4. Homecoming - RM4 million
5. Sini Ada Hantu - RM1.3 million
6. Kembar Siang - RM1.2 million
7. Cun - RM1.1 million
8. Haq - RM800,000
9. ... Dalam Botol - RM570,000
10. Ratu - RM200,000

Source: FINAS

Wednesday, 27 April 2011

We have reached the halfway point of the KL International Book Fair 2011


Sometimes it can be tiring and annoying (oh, those overzealous salespeople in front of us!) but the bookfest is fun because it is, at the end of the day, a celebration of the fact that we can all eventually, if we choose to, sit down and have a juicy read.

Some terrific reviews of the 3 Fixi novels have been appearing lately; do check the Fixi Facebook group for the links as they come in.

5 days to go! And this Sunday 2-4 pm might be the last chance to get all 3 of the novelists together, since they are all quite busy (at least two are working on their next Fixi novels, after all). I am grateful to them the most of all.

If you don't want to brave the crowds, all 3 of the novels are now in Silverfish, Bangsar.  Online orders are doing just fine in Fixi.com.my.

Sunday, 24 April 2011

Monday, 18 April 2011

Buku Fixi @ Pesta Buku KL

Sesi bertemu penulis - Shaz Johar (Kougar), Ridhwan Saidi (Cekik) & Khairulnizam Bakeri (Pecah) akan diadakan dua kali:
- Sabtu 23 April 2-4pm
- Ahad 1 Mei 2-4pm. 

Selain itu, saya akan diinterbiu di booth Institut Terjemahan Negara Malaysia sempena Sesi Wacana Sofa Putih (juga di Dewan Tun Razak) mengenai Fixi pada
- Jumaat 29 April 3-4pm

Join fan-page Fixi di Facebook untuk tahu cara memenangi satu set buku Fixi (ya, termasuk beg!) pada setiap hari sewaktu Pesta Buku itu:


Saturday, 16 April 2011

Short story by Chua They Hua in the 20th issue of SELANGOR TIMES

What a strange, unsettling little story! I am very interested to read more from this writer.

No, the Sepang Municipal Council member has nothing to do with the story, but I might as well include him in the image capture from this issue of Selangor Times so that we can Know Him!

Friday, 15 April 2011

FIXI: Bila & Bagaimana & Siapa & Apa-apa

(Esei saya ini terkandung dalam press kit sidang media untuk pelancaran label Fixi semalam di restoran Teak5, Mutiara Damansara. Di acara itu, suatu MOU juga dimeterai antara Fixi dan Lightbulb Studios [label filem baru di bawah naungan Grand Brilliance]. Setiap novel Fixi akan dipertimbangkan untuk adaptasi filem oleh Lightbulb. Inilah kali pertama perjanjian sedemikian dibuat antara sebuah label buku & filem di Malaysia.) 




Idea untuk Fixi datang secara mendadak pada bulan Ogos tahun lepas, di suatu acara anjuran rangkaian buku Popular. Pihak penganjur membaca senarai 10 novel Melayu yang paling laris untuk tahun sebelumnya. Hampir semuanya ada 'cinta' atau 'kasih' dalam tajuknya. Saya terus terfikir untuk membuat sesuatu yang lain.

Di Facebook, saya menghantar mesej yang berupa Call for Entries. Mesej asalnya lebih kurang begini:

PROJEK NOVEL
Cadangan: 60,000 perkataan (supaya buku sekitar 300 mukasurat).
Tema: Urban & kontemporari. Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.
Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dll.
Fikir 'pulp'.
Oh ya: judul harus satu perkataan saja.
Cadang nak buat cover gelap & saturated.

Boleh bincang lanjut kalau minat :-)

Mesej itu (lengkap dengan smiley) dihantar pada bulan 8 September 2010 kepada kesemua ahli page Facebook syarikat saya Matahari Books, lebih 2,500 orang. Daripada jumlah itu, 14 orang kata mereka nak tulis, biarpun hampir semua belum pernah menulis novel. Saya jangkakan daripada 14 itu, mungkin 7 akan siap novel mereka. Yang lain pasti pancit di tengah jalan.

Saya silap. Angka sebenarnya ialah 3. Di antara 11 yang lain tu, ada yang give up setelah 2 bab, ada yang perlu lebih banyak masa, dan ada yang terus tidak berhubung. Haih!

Jadi, orang pertama yang perlu mendapat "Terima kasih banyak" dari saya ialah Mark Zuckerberg. Tanpa Facebook, Fixi tak mungkin dapat dilancarkan secepat ini: 3 novel hanya 7 bulan setelah Call for Entries. Jika saya jumpa dia, saya akan belanja bir atau tapai. 
 
*

Ketiga-tiga novel yang pertama ini siap sepenuhnya pada bulan Mac dan dihantar ke printer lewat bulan itu. Hasilnya ialah apa yang anda dapat baca (jangan tak baca) sekarang: Pecah, Cekik dan Kougar.

Saya sangat puas dengan ketiga-tiga novel ini. Setiap satu punya kelebihannya yang tersendiri. Pecah berjaya mengatur dan menggerakkan plotnya yang kompleks dengan penuh gaya dan rona; aturan bahasanya punya ritma yang sangat catchy. Cekik yang sinis dan memeranjatkan ialah satu renungan tajam terhadap budaya konsumer kita yang membebalkan; karya Fixi yang paling edgy setakat ini. Kougar menyelami minda protagonisnya yang slinky -- dia impulsif, nakal, tapi bukannya semata-mata 'baik' atau 'jahat' -- dalam cerita yang penuh debar. Itulah dia: catchy - edgy - slinky.

Saya amat berterima kasih kepada ketiga-tiga penulis ini -- Khairulnizam Bakeri, Ridhwan Saidi, Shaz Johar -- kerana memberi kerjasama yang total. Biarpun ini merupakan novel-novel mereka yang pertama, saya harap (dan pasti) mereka akan terus menulis.

Åpabila saya umumkan pada bulan September yang saya mencari novel, saya belum ada nama atau syarikat untuk projek ini. Syarikat saya yang lagi satu, Matahari Books, lebih bertumpu kepada karya bukan-fiksyen. Saya rasa lebih sesuai jika ditubuhkan label yang baru dengan identiti baru.

Nama 'Fixi' mengambil masa agak lama juga untuk didapati. Saya tertarik kepada perkataan Bahasa Indonesia 'fiksi' (yang sudah semestinya diambil dari fiction Bahasa Inggeris, yang diambil dari...Rujuk halaman 2 mana-mana buku Fixi) kerana bunyinya ringkas dan padat. Tapi perkataan itu sendiri telah menjadi terlalu generik, jadi saya pilih Fixi kerana sebutannya sama tapi ejaannya even more ringkas dan padat. Jika anda Google "Buku Fixi", hanya hal-hal yang berkaitan dengan syarikat ini akan keluar. Berbeza dengan, contohnya, search "Buku Fiksi" yang ada ribuan hasil dari Indonesia.

Target pembaca Fixi ialah sebenarnya sesiapa saja yang boleh membaca bahasa kebangsaan kita, termasuk mereka yang selama ini lebih suka membaca dalam Bahasa Inggeris. Saya difahamkan yang kebanyakan pembaca novel Melayu ialah perempuan; ke mana perginya kaum lelaki? Saya difahamkan kebanyakan pembaca novel Melayu ialah orang Melayu; ke mana perginya kaum lain? Saya tidaklah mengatakan bahawa Fixi dapat memancing "pembaca-pembaca yang tiada" ini, tapi sekadar bertanya. Kalau tidak Fixi, mungkin ada syarikat lain dapat mengisi gap ini, dan syabas kepada mereka.

'Gaya Fixi' berbeza dengan 'gaya Dewan (Bahasa)'. Kami ingin menekankan plot dan gaya bahasa yang immediate, yang lebih in-your-face. Kami menggalakkan bahasa slanga, celupar, rojak. Di negeri omputih, gaya ini boleh dipanggil pulp fiction. Saya teringat karya-karya arwah Hamzah Hussin, yang menulis novel dengan tajuk seperti Samseng, dan juga menulis filem dengan tajuk seperti Dosa Wanita dan Sial Wanita. Ada beberapa novel arwah A. Samad Ismail terbitan Creative Enterprise yang juga tergolong dalam kategori ini.

Pulp fiction secara amnya tertumpu kepada elemen-elemen kehidupan yang gelap, samar, sensasi, panas! Biarpun begitu, cara penceritaannya haruslah bijak. Untuk memetik kata-kata Neil Gaiman, 4 perkataan yang paling penting yang harus timbul dalam benak pembaca ialah: "And what happened next?" Antara inspirasi saya, selain nama-nama yang disebut di atas, ialah Jim Thompson, Elmore Leonard, Sidney Sheldon, Jackie Collins dan penulis-penulis murder mystery. Tiga novel yang pertama ini mungkin memberi hanya petanda awal kepada range yang mampu kami sediakan; seronok juga kalau ada yang nak tulis cerita zombi, sci-fi, psycho thriller atau sebegainya, tetapi bertempat dalam realiti masyarakat masakini. Secara peribadi saya lebih suka ayat-ayat yang berbunyi "Mereka makan di Secret Recipe KLCC" daripada "Mereka makan di sebuah restoran di salah satu pusat membeli-belah yang ternama di ibukota."

Konsep kulit buku Fixi diilham oleh salah satu label buku kegemaran saya, Vintage Black Lizard, yang menerbitkan novel jenayah. Berbeza dengan kebanyakan novel Melayu masakini, kami menggunakan fotografi dan bukannya ilustrasi. Setiap judul satu perkataan di-highlight dengan warna yang 'garang'. Kami juga akan sentiasa usha jurugambar dan model yang difikir sesuai untuk tajuk-tajuk yang mendatang.

Demi memenuhi tuntutan pasaran, setiap buku 'terpaksa' dicetak dengan kertas simili putih yang murah, untuk pastikan harga jualan setiap buku tidak akan melebihi RM20. Saiz buku pula kami tetapkan setelah mengukur saiz buku terbitan Alaf 21, yang merupakan salah satu market leader dalam bidang ini.

Cetakan pertama untuk setiap novel ialah 3,000 unit. Apabila hampir habis dijual, ia akan dicetak semula. Saya difahamkan bahawa novel-novel cinta ada yang dibuat cetakan pertama 15,000 unit, tapi biarlah kami cuba try test dulu. Kalau banyak sangat buku yang tertimbun di stor, siapa yang menyesal? Saya dan keluarga saya juga yang menyesal.

*

Terima kasih kepada pihak Lightbulb Studios kerana percaya bahawa Fixi dapat menerbitkan novel-novel yang dapat dipertimbangkan untuk diadaptasi ke medium filem/TV. MOU yang kami tandatangani pada hari ini ialah pertama kali suatu kerjasama sedemikian dibuat antara sebuah syarikat filem dan sebuah syarikat buku.

Sasaran Fixi ialah untuk menerbitkan sekurang-kurangnya 14 novel dalam tahun yang pertama (3 pada bulan ini dan 1 pada setiap bulan berikutnya), jadi memanglah mustahil untuk kesemua mereka diadaptasi. Sudah tentu ada yang dianggap tak begitu sesuai dari segi tema (tak cukup komersil), bajet (terlalu tinggi) atau apa-apa saja.

Sejujurnya, fokus utama saya ialah untuk memilih novel yang saya rasa berkesan sebagai novel, dengan hal kesesuaian untuk adaptasi filem/TV sebagai faktor kedua yang kuat. Fixi juga akan menerbitkan novel-novel yang mungkin akan ditolak oleh kedai buku biasa ("atas sebab-sebab tertentu") jika saya rasa bahawa karya itu tetap berkesan sebagai novel. (Buku sebegini akan dijual secara online dan di event-event tertentu sahaja, dan dibuat cetakan pertama 1,000).

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penubuhan Fixi dan juga 3 novel yang pertama. Teck Hee: designer, Danny Lim: webmaster dan jurugambar, Azwan Ismail, Richard Wong dan Hafiz Hamzah yang menyemak manuskrip, Nikki Tok dalam hal urusan akaun, dan Gerakbudaya yang menjadi pengedar rasmi untuk semua buku Fixi. Dengan adanya Gerakbudaya, rancangannya ialah untuk setiap buku Fixi dijual di semua kedai buku utama di Malaysia, terutamanya Popular, MPH, Times, Borders dan Kinokuniya. Setiap buku boleh juga dibeli online di fixi.com.my. Kalau yang ovesi boleh beli di Amazon.com. Ada ke orang kat luar Malaysia yang minat beli novel Melayu kat Amazon? Belum try belum tahu dong.

*

Di awal tulisan ini, saya berkata bahawa Fixi terilham apabila saya melihat deretan novel-novel popular yang hampir semuanya bertemakan cinta. Apakah ini bermakna Fixi anti-cinta atau anti-novel cinta? Seperti kata Normadiah dalam filem Pusaka Pontianak: "Oh T-I-D-U-K!" Kami amat cintakan cinta. Malah, salah satu novel Fixi yang sedang dalam peracangan memang bertajuk Cintan dan sedang diusahakan oleh penulis skrip popular Amir Hafizi. Tapi untuk mengutip kata-kata klise yang biasa diberi oleh artis baru, "kehadiran kami di sini sekadar untuk menambah variasi/pilihan/seri" kepada scene novel Melayu yang memang happening ini.

Selamat membaca! 

(*Foto oleh Khairulnizam Bakeri melalui Blackberry). 

Friday, 8 April 2011

Short story by me (!) in the 19th issue of SELANGOR TIMES

Cinta Satay
by Amir Muhammad

She had six months to find him. She would be reaching a milestone birthday then and if her friends gave her another surprise cake, it would come with the customary joke that a fire extinguisher would be needed to extinguish all the candles. She didn't need a fire extinguisher; she just wanted a guy beside her to help her blow.

Getting dates was the easy part, as she was an eligible bachelorette. But each guy would need to pass the satay test to go further.

The satay stall was a semi-autonomous region across from a restaurant near her apartment. The restaurant really came alive at night, which meant that it was more fun to be there with someone else. Satay orders could be made to the restaurant staff but payment had to be made separately, upon delivery, to the satay-maker Sam. His stall closed only on rainy nights.

On a dry night in the first month, she brought a guy named Rais. He was full of florid praise for everything about her. But she noticed he didn't even look at Sam when ordering. Worse, he complained too loudly when there weren't enough
nasi impit cubes for his liking. You could tell a lot about a guy from the way he behaved to people he considered beneath him. Rais was rude, and so he didn't go further.

On a dry night in the second month, she brought a guy named Daniel. He was punctual when he picked her up, which was such a rare quality. But she noticed that he didn't eat any of the
kuah satay. When she asked why, he said, "It makes things messy." This made her look at him in a new light. A man who couldn't handle messiness would also be less fun and spontaneous later. Daniel was dry, and so he didn't go further.

On a dry night in the third month, she brought a guy named Ivan. He had great taste in clothes and aftershave. But she noticed something off-putting when he ordered the satay. "We'll have only the beef. Chicken's lame, and mutton's gross" he told Sam (and also her). She was taken aback. Did she have no say in the matter of which slain animal she might like? Ivan was inconsiderate, and so he didn't go further.

On a dry night in the fourth month, she brought a guy named Prakash. He had a very nice car, the kind she could imagine disappearing into while forgetting the congestion that might be on the road or in her head. But something happened as soon as he ordered 10 chicken and 10 mutton sticks for himself (she was not hungry this time).

"I don't really like mutton, but I make sure to always order it," he said. And he paused.

"Why?" she asked, since it seemed to be expected of her.

"It's to remind myself that, in Life, we can't always get what we want. We have to deal with even negative eventualities. So if I ordered only chicken, which is what I love, I'd be lulling myself into a false state of comfort. So I force myself to also eat mutton." He went on and on, not noticing that her eyes were glazing over. He didn't want a date, but an audience.

Prakash was ponderous, and so he didn't go further.

On a dry night in the fifth month, she brought a guy named Ghani. He was in an industry that was related to hers. So they had many matters of mutual interest, and that helped to keep the conversation lively. In fact, everything seemed to go swimmingly. She thought she'd finally found the ideal guy for the birthday party, which was only a month away. She had no problems with how he chose, ordered or ate the satay. It was only when he ostentatiously used a stick, now stripped of meat, as a toothpick that she felt dismay. He kept doing it for the rest of the conversation, which grew less scintillating as it progressed.

Ghani was gross, and so he didn't go further.

Almost a month later, she was at the restaurant alone. It was raining.

Sam, who couldn't open his stall, asked shyly if he could sit with her. She was surprised but was happy for the company.

They started talking. They'd had no reason to speak to each other before; aside from the capitalist barrier of customer/provider, she had always been busy with her dates and he with his orders. But now that they were unoccupied, she found herself having fun. She didn't even mind not having satay, because they ended up doing other things later.

Sam was sexy, and he skewered his way to the next stage perfectly.


***

* The rest of Selangor Times can be downloaded riiiiight here.
* This story was inspired by the Selangorlicious campaign (which I also plan to join).
* This is my second Selangor Times story, after Land Where My Blood Spills. I am happy that little idea I had (for a newspaper to have a Fiction column) has been chugging along quite well. Long may it continue!