Friday 8 June 2007

The fever of repression

I was recently asked to write an article for SEA-Images, which promotes "film exchange between Asia and Europe." I decided to write about a Malaysian movie that had, as yet, not screened in Europe.

I was annoyed that most of the local reviews of Puaka Tebing Biru didn't seem to get it. So I wrote a kind of response here. It's constrained by an 800-word limit and I had to explain a bit more to a non-Malaysian audience, but I'm glad I wrote it. Perhaps it can be the basis for a much longer piece someday, somewhere, somehow.

3 comments:

Anonymous said...

PTB tayang di London...

-------------------------
Minggu Malaysia sebagai jendela Eropah

LONDON 7 Jun – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) akan menjadikan program Minggu Malaysia di Covent Garden sebagai jendela kepada Eropah dalam mempromosikan negara ke benua tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, menerusi program itu, masyarakat Eropah dan London khususnya akan mengenali kebudayaan, hasil tani, makanan, kraf tangan dan pelancongan yang dimiliki oleh Malaysia.

Menurutnya, semua ciri itu boleh dilihat menerusi aktiviti lima hari yang dipamerkan dalam Minggu Malaysia.

‘‘Malah, selain menjadi jendela kepada Eropah, saya juga mahu Minggu Malaysia ini dijadikan sebagai jendela kepada Komanwel. Ini kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara Komanwel.

‘‘Sebenarnya, banyak usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelancongan dalam menjadikan ia sebagai kenyataan dan Minggu Malaysia yang dianjurkan oleh KeKKWa adalah sebagai pelengkap kepada laluan kejayaan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Minggu Malaysia di Covent Garden di sini hari ini.

Rais memberitahu, sebagai salah sebuah negara Komanwel, Malaysia perlu melakukan sesuatu bagi mengetengahkan ciri-ciri keindahan dan keunikan negara supaya menjadi jendela kepada badan tersebut.

‘‘Ini penting kerana tidak banyak budaya negara Komanwel dipersembahkan di United Kingdom (UK) dan kita sebagai ahli anggotanya, perlu mengambil kesempatan ini untuk melakukan sesuatu dan menjadi penggerak kepada negara lain,” jelasnya.

Selain itu, menurut Rais, aktiviti yang diadakan untuk kali kedua ini turut memberi kesan kepada persahabatan dua hala kepada kedua-dua buah negara.

‘‘Persahabatan antara UK dan Malaysia tidak wajar diletakkan pada paras biasa kerana sejarah antara dua negara ini terlalu banyak iaitu dari segi pentadbiran, politik dan perundangan.

‘‘Oleh itu, UK dan Malaysia harus menjalin budaya yang lebih berkesan iaitu sesuatu yang istimewa, khusus dan bukan sekadar bersahabat.

‘‘Sehubungan itu, patut sangatlah usaha KeKKWa meletakkan daya penarik Malaysia menerusi Minggu Malaysia di London,” jelasnya.

Rais memberitahu, program seperti ini juga akan dipanjangkan ke China dan India kerana kedua-duanya mempunyai hubungan yang istimewa dengan Malaysia.

‘‘Insya-Allah, hujung tahun ini kita akan adakan di China,” katanya.

Sementara itu, menurut Datuk Bandar Westminster, Carolyn Keen yang merasmikan program tersebut mengakui Minggu Malaysia merupakan salah satu aktiviti yang dinantikan oleh penduduk London sejak diadakan pertama kali tahun lalu.

Dalam pada itu, pada petangnya, Rais turut merasmikan Minggu Filem Malaysia yang diadakan di Odeon Cinema, Covent Garden.

Sebanyak lima buah filem Malaysia iaitu Cinta, Bilut, Waris Jari Hantu, The Red Kebaya, Puaka Tebing Biru, Cicak-Man dan Jangan Pandang Belakang akan ditayang selama empat hari bermula hari ini sehingga 9 Jun secara percuma.

Menurut beliau, penayangan filem-filem itu sebagai pendedahan perkembangan dan promosi kepada masyarakat London mengenai filem tempatan.

– Utusan (8 Jun 2007)

Amir Muhammad said...

Yes I know, Kamal sayang. That's why I said "as yet" belum tayang kat Eropah ;-)

Anonymous said...

rasa-rasanya, orang-orang yang menulis ulasan-ulasan tersasar nu tak pernah dengar atau baca SEA-Images. tapi harap-harap blog ni bakal membantu mereka serba-sedikit.