Tuesday 5 April 2011

Pelacaran buku-buku FIXI yang pertama


FIXI ialah label yang baru untuk novel-novel Malaysia yang urban dan masakini.

Semua cik adik dan cik abang dijemput ke parti pelancaran 3 novel yang pertama.

Tempat: The Annexe Gallery, Central Market KL
Tarikh: 15 April (Jumaat)
Masa: 8:30pm

3 novel yang akan dilancar ialah:


CEKIK oleh Ridhwan Saidi
Sinopsis:
Tahun 2020, di Bandar. Warith, pemuda berusia 16 tahun, menerima berita pembunuhan bapanya di Kampung melalui telefon. Imbas kembali Warith sewaktu kecil menonton video porno milik bapanya. Warith kini bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria, yang berusia 32 tahun. Dari jendela apartment mereka, Menara Warisan Merdeka kelihatan agam.
Warith pulang ke Kampung dengan Suria. Di kawasan perkuburan, mereka didatangi Detektif Anthony, yang pernah mengenali Suria sewaktu sama-sama gila-gila remaja. Mereka kemudian ke tempat pembunuhan, di mana beberapa rahsia lain akan terbongkar.
CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu mi Maggi, McDonalds, khutbah, tudung dan juga liwat.
Pages: 258 / Harga: RM18

KOUGAR oleh Shaz Johar
Sinopsis:
Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.
Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.
Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?
Pages: 322 / Harga: RM20

PECAH oleh Khairulnizam Bakeri
Sinopsis:
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.
Pages: 335 / Harga RM20


Ketiga-tiga novelis akan hadir, dan ketiga-tiga judul akan dijual!

+ TIDAK ada VIP
+ TIDAK ada ucapan panjang

Tapi

+ ADA persembahan muzik oleh kugiran power-pop Couple
+ ADA jamuan ringan

Jadi jangan malu-malu.

* Buku-buku tersebut akan turut dijual di Pesta Buku Antarabangsa KL yang bermula seminggu selepas parti ini. Tapi inilah peluang anda untuk dapatkan novel-novel ini dalam keadaan yang lebih 'chillax'.

* 10% daripada hasil penjualan buku pada malam ini akan diderma kepada sebuah badan kebajikan yang diiktiraf, dan jumlahnya berserta dengan bukti pembayaran akan diumumkan di laman ini setelah parti itu selesai. 


* Bole juga konfirm di Bukumuka

3 comments:

jejaka anggun said...

like.(thumbs up)

mirachantek said...

ins I'll come. beli di sana boleh dapat sign ke?

Lyla Ibrahim said...

yeay!!!
I'll be there...
huhu...