Thursday 22 March 2012

Sebab sebenar KOPI tidak akan dicetak semula

Cop "Edisi Terhad" di kulit depan antologi cerpen KOPI bermaksud...jika sasaran kami betul ... kesemua 1,500 keping buku tomei-tomei ini akan habis dijual semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (27 April - 6 Mei) nanti.

Ia sudahpun soldout online dan sedang laku gila di events sekitar Semenanjung Malaysia. Antara lokasi yang telah menjualnya dalam rangka JelajahLejenFixi ialah UiTM Shah Alam, UTP Tronoh, UTeM Melaka, USM Nibong Tebal, USM Kubang Kerian, dan (mulai esok) PKNS Shah Alam. Untuk mengetahui lokasi yang terkini, silalah folo @BukuFixi kat Twitter ye?

KOPI tak akan dicetak semula sebab kesemua keuntungan daripada jualannya sedang/akan disalurkan kepada pembikinan beberapa filem pendek. Beberapa pengarah baru ("baru" sini diertikan sebagai "belum buat filem feature") diminta pilih cerpen KOPI yang mereka ingin adaptasi, dan mereka kemudian diberi sedikit dana. Terpulang kepada mereka, berapa dekat mereka nak ikut jalan cerita dalam cerpen tersebut.

Setakat ni, 8 pengarah telah dikenalpasti. Dan 3 telahpun siap.

3 pertama yang siap ni akan ditayang lusa di pelancaran KOPI. Berikut adalah teaser:







Jadi, bila dah habis biayai kesemua (8) filem pendek nanti, tidak ada duit untuk KOPI dicetak semula. Voila!

Mungkin kesemua 8 ni akan digabung dalam satu DVD untuk dipasarkan.

Filem-filem pendek KOPI merupakan langkah pertama Buku Fixi ke dalam kancah perfileman. Langkah seterusnya bergantung kepada kudrat dan niat dan ringgit. Konsep filem-filem terbitan Fixi selari dengan konsep buku yang kami terbit: urban contemporary pulp fiction. Gitu.

5 comments:

Neesa Jamal said...

saya suka cerpen luwak dan kretek dalam kopi. harap Fixi boleh hasilkan lagi banyak buku koleksi cerpen/cerkon santai lepasni.

:-)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kalau buat dalam bentuk DVD, wah!
Nak kena simpan buat kioleksi :D

Tieah Madian said...

Perghhhhhhhhh.. Cayalah FiXi.. Harus DVD pun edisi terhad! Agar nampak mahal di situ dan berada pada kelasnya yang tersendiri.. Tahniah! Alangkah bertuah kalau dapat pergi untuk pelancaran Kopi.. Huhuhu..

vuvie said...

Hi! Just a quick question, are you the same Amir Muhammad who used to write for a NST column called Perforated Sheets?

I really love that, by the way.

Ajami Hashim said...

kelezzz!!!