Sunday, 1 November 2009

Penyertaan untuk antologi ORANG MACAM KITA


ORANG MACAM KITA
Karya-karya Tentang Seksualiti Alternatif di Malaysia
Disunting oleh Azwan Ismail dan Diana Dirani
Diterbitkan oleh Matahari Books

Kami ingin menerbitkan sebuah antologi seperti Body 2 Body: A Malaysian Queer Anthology dalam Bahasa Malaysia.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1. Karya haruslah mengenai seksualiti alternatif di Malaysia.

2. Genre pilihan: cerpen, kisah benar, esei, memoir, petikan novel, skrip teater atau filem. Walaubagaimanapun, puisi tidak diterima.

3. Kategori seksualiti alternatif: homoseksual, biseksual, transeksual, transgender dan dwikelamin. Ini termasuklah gay, lesbian, tomboy, mak nyah dan khunsa

4. Cadangan topik: jatuh hati, pecah lobang, cinta terlarang, kembali ke pangkal jalan, curi makan, homofobia, halangan keluarga, prejudis dan hak asasi.

5. Penyertaan terbuka kepada semua warga dunia asalkan menulis dalam bahasa Malaysia. Penulis tidak semestinya gay.

6. Setiap karya wajib dalam Bahasa Melayu, ataupun sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Penulis mesti bertanggungjawab terhadap terjemahan karya masing-masing jika menulis dalam bahasa lain.

7. Penulis perlu menggunakan nama sebenar. Nama pena diterima hanya bila penulis sudah dikenali ramai dengan nama tersebut, contohnya Mama Juwie atau Keris Mas.

8. Anda digalakkan menghantar karya antara 1,000 - 4,000 patah perkataan dalam format Word.

9. Tarikh tutup penyertaan ialah 28 Februari, 2010. Tarikh tutup adalah muktamad.

10. Buku ini akan diterbitkan pada pertengahan tahun 2010.

12. Sila hantar karya beserta butiran penulis ke matahari.books@gmail.com dengan tajuk emel "Orang Macam Kita"

13. Penulis-penulis karya yang terpilih akan menerima royalti dan naskhah buku percuma.

BIOGRAFI PARA PENYUNTING:

Azwan Ismail lebih merupakan seorang penyair. Karya-karya beliau pernah diterbitkan di beberapa antologi tanahair, salah satunya ialah ‘Aweks KL’ terbitan Stormkitchen. Beliau juga ada menulis mengenai muzik untuk majalah frinjan Elarti.

Diana Dirani ialah seorang penulis bebas. Buku terbaru beliau, ‘Dua Lauk’, kini telah berada di pasaran. Selain itu beliau ada menulis di beberapa antologi dan majalah, serta skrip teater.


PENERBIT BUKU:

Matahari Books ialah sebuah syarikat penerbitan, ditubuhkan oleh penulis dan pembikin filem Amir Muhammad dengan pengkhususan dalam buku-buku bukan-fiksyen tentang Malaysia. Semua buku-buku Matahari dijual di kedai-kedai buku utama Malaysia dan juga di Amazon.com. Antara buku terkini terbitan Matahari Books ialah Body 2 Body: A Malaysian Queer Anthology (2009).

11 comments:

shandye. said...

hah!
im definitely going to submit and try my luck again this time around.
hehehe...

Ajami Hashim said...

Saya sudah email! Diharap pihak tuan akan terbitkan! Sekian terimakasih.
:-)

Amir Muhammad said...

Selamat maju jaya diucapkan.

Unknown said...

laa...kalau nak pakai nama sarjan yO boleh x???blm dikenali diMalaysia tapi dah ada gak la yg kenal sarjan yO...

Amir Muhammad said...

Ya, blogger yang dah agak 'mapan' boleh menggunakan nama blogger.

Anonymous said...

oh tidak, frasa "orang macam kita" sudah digaykan! harian metro, kosmo, ututusan malaysia, jakim dan lain-lain, tunggu apa lagi?

Anonymous said...

PLU?

Blues Orang Sakit said...

Kalau blogger baru macam kami? Nak pakai nama blogger, boleh?

Amir Muhammad said...

Terpulang kepada budi bicara para editor. Tapi kalau ada pilihan antara dua karya yang sama bagus, keutamaan akan sentiasa diberi kepada mereka yang gunakan nama yang dah diberi oleh ibubapa ;-)

irza said...

nak join!! try my luck. tq Amir.

irza said...

do you know where i can look for a good old'new film or short films? i'm not from KL but i study here. tq Amir.