Monday 21 February 2011

Fixi


Fixi ialah syarikat saya yang baru (ya, memang baru daftar minggu lepas) yang akan menerbitkan novel-novel baru dalam Bahasa Malaysia.

Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia 'fiksi' yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris 'fiction' yang diambil dari Bahasa Perancis Lama 'ficcion' yang diambil dari Bahasa Latin 'fictionem' ... untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Ia juga  satu-satunya nama syarikat penerbitan di Malaysia yang merupakan 'a four-letter word beginning with F'.

3 novel pertama telahpun siap ditulis, dan akan dilancar serentak pada 22 April di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, insya-Allah.

Setelah itu, sasaran saya ialah untuk menerbitkan satu novel setiap bulan!

Jika anda berminat untuk tulis, inilah syarat-syaratnya:

Cadangan: 60,000 perkataan (supaya buku sekitar 300 mukasurat).

Tema: Urban & kontemporari. Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.

Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dll.

Fikir 'pulp'.

Oh ya: judul harus satu perkataan saja.

Cadang nak buat cover
gelap & saturated, macam beberapa Jim Thompson / Elmore Leonard.

Boleh bincang lanjut kalau minat :-)

28 comments:

Dude Mohd Iqbal said...

intersting.. I nak maklumat lanjut. please..

saat omar said...

Nak hantar manuskrip boleh?

Satu soalan; boleh kurang dari 300 pages tak? hehe...

Amir Muhammad said...
This comment has been removed by the author.
Amir Muhammad said...

Kalau dah siap, sila hantar jika syarat tema dipenuhi.
Boleh hantar ke bukufixi @ gmail. com
Apa yang 'nipis' mungkin boleh 'ditebalkan'.

sam zahri said...

Like!!

Caieja said...

Majulah FIXI untuk negara! yeeehaw!!!

Unknown said...

Okeh. Nk kena jumpa ke mcm mna?

Amir Muhammad said...

Emel dulu. Kalau idea hang tak baguih, buat apa aku nak buang masa jumpa hang?

(mwahahahaha!)

Amir Muhammad said...

Eh, tapi blog 'Mahu Kawen' hang tu menarik juga kalau nak difiksikan, macam ruangan 'Dari Fail Mahmakah Syariah' yg cukup bikin ghairah dulu ...

Bella Lim said...

waa sounds interesting. cayalah brader. manuskrip akan dihantar sebaik sahaja tamat matrikulasi. saya budak baru belajar. muahaha. tapi gempak ah brader dah ada your own publication. *salutes*

Unknown said...

ohh fiksi..

sapa2 pun boleh try lah nh?

Amir Muhammad said...

Bella: Bret Easton Ellis pun bermula pada usia muda.

Siti: Cuba try test dulu.

saraa said...

teringin juga mencuba hehe.

nak menyelit sikit boleh?baru je habiskan rojak dan sgt best! :D

jejaka anggun said...

bro, kalo saya nak hantar leh tak? berapa nak kene bayar bro?

kuang3x.

girl gungho said...

wuesei..aku suka sangat! malangnya bm ku terlampau terox. neways, all de best kpd fixi! majulah fixi!

qierana said...

http://episodechentaku.blogspot.com/

tolong kutuk pls~

Unknown said...

menarik dan tertarik..nak cubalah

Feminine.Charisma said...

menarik, tertarik..
insyaALLAH ingin hantar..
go FIXI go!

Ida Ra said...

saudara amir, saya ida nardiel berpengalaman menghasilakn 2 buah novel....saya ada manuskrip baru...kalau saya mencuba hantar manuskrip pada saudara boleh tak?

NurDalilahHusna said...

wah..cam menarik jer....siap da publish kt ppr....neway...bg la discription @ format penulisan cam font brapa..nk gna jenis font camna...xpon...antaq ja dlu...pas2 nnti bru edit??....blh cam2???

Amir Muhammad said...

Ida, saya dah jawab email.
White Daisy, hantar cadangan cerita dan bab awal. Font tak penting, kalau saya tak suka saya akan ubah.

a.li said...

Yay!

Encik Amir, awak hero saya x 2. Saya nak cium dahi awak 2 x.

Amir Muhammad said...

Dahi saje?

Cob Nobbler said...

dah siap dah pun,bila boleh hantar?

slanga digalakkan?

meaning tak payah nak edit2 lagi la?

cool!i'll submit to you ASAP.

Amir Muhammad said...

I'll believe it when I see it ;-)

Anonymous said...

seriously, inilah yang dicari selama ini!

Penerbit Ibnu Al-Manhar said...

Tahniah FIXI, . .

BERMINAT nak jadi penulis politik? Jom sertai Pustaka Al Manhar . . .

Unknown said...

assalamualaikum, saya sedang membuat manuskrip. saya tertarik dengan fixi but saya tak tahu karya saya sesuai atau tidak. boleh emel saya di rasnakisa94@gmail.com utk bantu saya untuk first novelis ?